Malaysia legislation

Section 31

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 31

Salinan memorandum dan perkara persatuan

(1)

Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah, apabila dikehendaki oleh mana-mana anggota, memberi kepadanya suatu salinan memorandum dan perkara persatuan (jika ada) apabila anggota itu membayar apa-apa amaun yang ditentukan oleh pengarah sebagai semunasabahnya perlu bagi menanggung kos penyediaan dan pemberian salinan itu.

(2)

Jika suatu perubahan dibuat dalam memorandum atau perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, suatu salinan memorandum atau perkara persatuan itu tidak boleh dikeluarkan oleh syarikat itu selepas tarikh perubahan itu melainkan jika—

(a)

salinan itu adalah mengikut perubahan itu; atau

(b)

suatu salinan bercetak ketetapan yang membuat perubahan itu dilampirkan kepada salinan memorandum atau perkara persatuan dan fasal atau perkara tertentu yang tersentuh ditunjukkan dengan dakwat.

(3)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

44

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

Penalti: Lima ribu ringgit.

Section 31 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005