Malaysia legislation

Section 52

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 52

Surat cara pemindahan hakmilik dan pemindahan hakmilik oleh wakil diri

(1)

Sesuatu syarikat Langkawi tidak boleh mendaftarkan suatu pemindahan hakmilik syer atau debentur melainkan jika suatu surat cara pemindahan hakmilik yang sempurna telah diserahkan kepada syarikat itu, tetapi subseksyen ini tidaklah menjejaskan apa-apa kuasa untuk mendaftarkan sebagai seorang pemegang syer atau pemegang debentur mana-mana orang yang kepadanya hak terhadap mana-mana syer dalam, atau debentur bagi, syarikat itu telah dipindahkan melalui kuat kuasa undang-undang.

(2)

Sesuatu pemindahan hakmilik syer, debentur atau kepentingan lain seorang yang mati yang dibuat oleh wakil dirinya hendaklah,

64

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

walaupun wakil diri itu sendiri bukannya seorang anggota syarikat itu, sama sahnya seolah-olah dia telah menjadi anggota sedemikian pada masa penyempurnaan surat cara pemindahan hakmilik itu.

(3)

Apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada suatu syarikat

Langkawi yang menurut undang-undang adalah keterangan yang mencukupi bahawa probet wasiat, atau surat kuasa mentadbir harta pusaka, orang yang mati telah diberikan kepada seorang hendaklah diterima oleh syarikat itu, walaupun apa-apa jua pun dalam perkara persatuannya, sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemberian itu.

(4)

Dalam seksyen ini, “surat cara pemindahan hakmilik”

termasuklah sesuatu permohonan bertulis bagi memindahkan syer, debentur atau kepentingan lain kepada seorang wakil diri.

Section 52 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005