Malaysia legislation

Section 53

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 53

Kewajipan syarikat Langkawi berkenaan dengan pengeluaran perakuan

(1)

Tiap-tiap syarikat Langkawi hendaklah, dalam masa dua bulan selepas pengumpukan mana-mana syer atau debenturnya, dan dalam masa satu bulan selepas tarikh yang padanya suatu pemindahan hakmilik (selain pemindahan hakmilik yang syarikat itu, atas apa-apa sebab, berhak enggan untuk mendaftarkan dan tidak mendaftarkannya) mana-mana syer atau debenturnya diserahkan kepada syarikat itu, melengkapkan dan menyediakan untuk diserahkan semua perakuan dan debentur yang sesuai yang berkaitan dengan pengumpukan atau pemindahan hakmilik itu, melainkan jika syarat penerbitan syer atau debentur itu memperuntukkan selainnya.

(2)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.

(3)

Jika sesuatu syarikat Langkawi yang terhadapnya suatu notis telah disampaikan yang menghendakinya memperbaiki apa-apa keingkaran pada mematuhi peruntukan seksyen ini tidak memperbaiki keingkaran itu dalam masa dua puluh satu hari selepas penyampaian notis itu, Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak diserahkan kepadanya perakuan bagi syer atau debentur itu, mengarahkan syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 65

supaya memperbaiki keingkaran itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu, dan arahan itu boleh memperuntukkan bahawa segala kos dan perbelanjaan bagi dan yang bersampingan dengan permohonan itu hendaklah ditanggung oleh syarikat itu dan oleh mana-mana pegawai syarikat itu yang ingkar mengikut apa-apa kadar yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah.

Section 53 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005