Malaysia legislation

Section 72

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 72

Kuasa Mahkamah untuk memerintahkan mesyuarat dipanggil

(1)

Jika atas apa-apa sebab adalah tidak praktik untuk memanggil sesuatu mesyuarat mengikut apa-apa cara yang mesyuarat boleh dipanggil atau untuk menjalankan mesyuarat itu mengikut cara yang ditetapkan oleh perkara persatuan atau Akta ini, Mahkamah boleh, sama ada atas usulnya sendiri atau atas

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 81

permohonan mana-mana pengarah atau mana-mana anggota yang berhak untuk mengundi di mesyuarat itu atau atas permohonan wakil diri mana-mana anggota itu, memerintahkan supaya suatu mesyuarat dipanggil, diadakan dan dijalankan mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Mahkamah, dan Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan bersampingan atau berbangkit yang difikirkannya suai manfaat.

(2)

Apa-apa mesyuarat yang dipanggil, diadakan dan dijalankan menurut apa-apa arahan yang dibuat menurut seksyen ini hendaklah, bagi semua maksud, disifatkan sebagai suatu mesyuarat yang telah dipanggil, diadakan dan dijalankan dengan sewajarnya.

Section 72 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005