Malaysia legislation

Section 73

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 73

Ketetapan khas

(1)

Sesuatu ketetapan hendaklah menjadi suatu ketetapan khas apabila ketetapan itu telah diluluskan oleh suatu majoriti yang tidak kurang daripada tiga perempat daripada mana-mana anggota yang berhak untuk mengundi dengan sendirinya atau, jika proksi dibenarkan, melalui proksi, di suatu mesyuarat anggota yang notis tidak kurang daripada dua puluh satu hari yang menyatakan niat untuk mencadangkan ketetapan itu sebagai suatu ketetapan khas telah diberikan dengan sewajarnya.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), jika dipersetujui oleh sebilangan majoriti anggota yang mempunyai hak untuk mengundi di mesyuarat itu, iaitu suatu majoriti yang bersama memegang pada agregatnya tidak kurang daripada tujuh puluh lima peratus daripada jumlah undi anggota yang berhak untuk mengundi, suatu ketetapan bolehlah dicadangkan dan diluluskan sebagai suatu ketetapan khas di suatu mesyuarat yang notis kurang daripada dua puluh satu hari telah diberikan.

Section 73 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005