Malaysia legislation

Section 8

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 8

Kuasa untuk memperoleh maklumat

(1)

Pendaftar boleh menghendaki mana-mana syarikat

Langkawi atau syarikat Langkawi asing untuk memberi secara lisan atau boleh melalui notis bertulis menghendaki mana-mana syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing untuk memberi secara bertulis dalam masa yang dinyatakan dalam notis itu semua maklumat dalam pemilikannya atau yang dalam pengetahuannya sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar bagi maksud Akta ini.

(2)

Mana-mana syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang tidak memberikan apa-apa maklumat, atau yang dalam memberikan apa-apa maklumat membuat apa-apa pernyataan yang disedarinya adalah palsu dalam butir yang material, atau membuat pernyataan sedemikian secara melulu, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

22

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

Section 8 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005