Malaysia legislation
Section 9
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 9
Kuasa untuk menjalankan pemeriksaan
(1)
Bagi maksud menentukan sama ada sesuatu syarikat
Langkawi atau syarikat Langkawi asing mematuhi Akta ini,
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya boleh mempunyai akses ke mana-mana tempat atau bangunan dan boleh memeriksa dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen yang dikehendaki oleh atau di bawah Akta ini untuk disimpan oleh syarikat itu.
(2)
Suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau mana-mana pegawai syarikat itu hendaklah, apabila dikehendaki oleh Pendaftar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa olehnya, mengemukakan buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen sedemikian.
(3)
Suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau mana-mana pegawai syarikat itu yang—
(a)
tidak mengemukakan buku, buku minit, daftar, rekod atau dokumen itu sebagaimana yang dikehendaki oleh
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya di bawah seksyen ini; atau
(b)
menghalang atau menggalang Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya semasa menjalankan mana-mana kuasa di bawah seksyen ini, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
(4)
Pendaftar atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya, kecuali bagi maksud Akta ini atau semasa dalam mana-mana prosiding jenayah, tidak boleh membuat sesuatu rekod mengenai, atau mendedahkan atau memberitahu kepada mana-mana orang lain, apa-apa maklumat yang dia telah memperoleh oleh sebab pemeriksaan sedemikian.
(5)
Subseksyen (1) tidak boleh ditafsirkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan apa-apa kuasa untuk membuat mana-mana pemeriksaan yang diberikan kepada mana-mana orang oleh mana-mana undang-undang lain.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 23