Malaysia legislation

Section 14

of LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI

Seksyen 14

2 Objektif dan dasar pengurusan risiko kewangan

MDTM terdedah kepada risiko kewangan yang timbul daripada aktiviti operasi dan penggunaan instrumen kewangan. Polisi pengurusan risiko kewangan MDTM adalah untuk memastikan sumber kewangan yang mencukupi bagi aktiviti operasi di samping menguruskan risiko kewangan, termasuk risiko kredit, kecairan dan pasaran.

(a)

Risiko kredit

Risiko kredit merupakan risiko kerugian yang mungkin timbul daripada instrumen kewangan tertunggak sekiranya pihak balas memungkiri obligasi mereka. Pendedahan maksimum kepada risiko kredit adalah diwakili oleh amaun bawaan setiap kelas aset kewangan.

(i)

Penghutang daripada transaksi pertukaran

Penghutang daripada transaksi pertukaran majoritinya terdiri daripada penghutang hartanah. Baki penghutang dipantau secara berterusan supaya MDTM tidak terdedah kepada risiko hutang lapuk yang signifikan.

(ii)

Pendedahan kepada risiko kredit

MDTM tidak terdedah kepada tumpuan risiko kredit yang ketara bagi penghutang daripada transaksi pertukaran.

(iii)

Penghutang daripada transaksi bukan pertukaran

Penghutang daripada transaksi bukan pertukaran majoritinya timbul daripada fungsi berkanun MDTM.

Pendedahan kepada risiko kredit

MDTM tidak terdedah kepada tumpuan risiko kredit yang ketara bagi penghutang cukai taksiran kerana terdapat bilangan pembayar cukai yang besar. Pendedahan kepada risiko kredit adalah tidak ketara kerana MDTM mempunyai hak berkanun untuk memungut cukai taksiran belum bayar di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Pinjaman kepada Kakitangan

MDTM memberi pinjaman kenderaan, komputer, pelajaran dan rawatan hospital yang tidak bercagar kepada kakitangan.

Pendedahan kepada risiko kredit

Pendedahan maksimum kepada risiko kredit adalah diwakili oleh amaun bawaan di dalam Penyata Kedudukan Kewangan. Risiko kredit terhadap pinjaman kakitangan adalah tidak signifikan kerana baki pinjaman belum terima diperolehi setiap bulan melalui pemotongan gaji.

(b)

Risiko kecairan

Risiko kecairan adalah risiko ketidakupayaan MDTM memenuhi obligasi yang berkaitan dengan instrumen kewangan. Pendedahan MDTM kepada risiko kecairan timbul terutamanya daripada ketidaksepadanan kematangan aset dan liabiliti kewangan.

Objektif MDTM adalah untuk mengekalkan tahap aliran tunai dan kesetaraan tunai yang mencukupi untuk menampung keperluan modal kerjanya.

Analisis kematangan

Profil kematangan liabiliti kewangan MDTM pada akhir tempoh pelaporan berdasarkan kepada tanggungan bayaran balik yang tidak didiskaunkan mengikut kontrak adalah atas seperti berikut:

1182

[16hb Julai 2020 2018

Amaun bawaan

Aliran tunai berkontrak

Dalam 1 tahun

1 hingga 5 tahun

Lebih 5 tahun

Urusniaga pertukaran belum bayar 1,505,375 1,505,375 1,505,375

Pinjaman 1,197,013 1,197,013 389,171 807,842

2,702,388 2,702,388 1,894,546 807,842

2017

Urusniaga pertukaran belum bayar 1,660,187 1,660,187 1,660,187

Pinjaman 1,854,822 1,854,822 657,809 1,197,013

3,515,009 3,515,009 2,317,996 1,197,013

(c)

Risiko kadar faedah

Risiko kadar faedah merupakan risiko nilai saksama atau aliran tunai masa hadapan bagi MDTM akan menurun-naik disebabkan oleh perubahan dalam kadar faedah pasaran.

MDTM terdedah kepada risiko kadar faedah dari simpanan tetap dengan institusi kewangan dan bank berlesen. Simpanan tetap diletakkan pada kadar kompetitif di bawah terma dan syarat yang paling menguntungkan.

MDTM juga terdedah kepada risiko kadar faedah bagi pinjaman kadar tetap yang mendedahkan MDTM kepada risiko perubahan nilai saksama.

Analisis sensitiviti nilai saksama bagi instrumen berkadar tetap

MDTM tidak mengakaunkan aset dan liabiliti kewangan berkadar tetap pada nilai saksama melalui lebihan atau defisit. Oleh itu, perubahan kadar faedah pada akhir tahun pelaporan tidak akan menjejaskan lebihan atau defisit.

Section 14 — LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI | mylaw.my