Malaysia legislation

Section 10

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 10

Pemotongan nama peguam daripada panel peguam

Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam boleh memotong nama seseorang peguam daripada mana-mana panel peguam bagi bantuan guaman atau panel peguam bagi khidmat pembelaan awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika—

(a)

sijil amalan peguam itu tidak lagi sah atas apa-apa sebab;

(b)

peguam itu telah meminta Ketua Pengarah atau Ketua

Pembela Awam untuk memotong namanya daripada panel;

(c)

peguam itu telah berkelakuan tidak profesional semasa bertindak bagi orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu, yang menyebabkan peguam itu tidak sesuai untuk dikekalkan dalam panel itu;

(d)

pada pendapat Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam—

(i)

peguam itu tidak sesuai untuk berada, atau untuk kekal, dalam mana-mana panel atas apa-apa sebab yang boleh menjejaskan kepentingan keadilan; atau

(ii)

adalah perlu atau suai manfaat untuk berbuat demikian atas isu integriti peguam itu; dan

Undang-Undang Malaysia 18

Akta 878

(e)

peguam itu telah mengambil atau bersetuju untuk mengambil, atau meminta daripada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu apa-apa bayaran fi, keuntungan atau hadiah untuk faedah peguam itu pada masa itu dia—

(i)

menyiasat atau membuat apa-apa laporan berhubung dengan permohonan bagi bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam;

(ii)

memberikan apa-apa pendapat di bawah mana-mana peruntukan Akta ini; atau

(iii)

mengendalikan apa-apa prosiding menurut apa-apa penugasan di bawah Akta ini.

Jawatankuasa disiplin untuk peguam

Section 10 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026