Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Ketua Pembela Awam hendaklah, sebelum menjalankan apa-apa kuasa di bawah perenggan 10(c), (d) atau (e), menasihati
Ketua Pengarah untuk membuat syor kepada Menteri untuk menubuhkan suatu jawatankuasa disiplin untuk menjalankan prosiding disiplin terhadap mana-mana peguam mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Mana-mana peguam yang tertakluk kepada prosiding disiplin di bawah seksyen ini hendaklah diberi peluang untuk tunjuk sebab.
(4)
Ketua Pengarah atau Ketua Pembela Awam, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah melaksanakan apa-apa keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin.
(5)
Mana-mana peguam yang terkilan dengan keputusan Menteri atau mana-mana jawatankuasa disiplin yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) atau (2) boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk semakan kehakiman atas keputusan itu.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 19
Bantuan guaman atau khidmat pembelaan awam tidak boleh ditamatkan tanpa kebenaran