Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“akaun amanah” ertinya akaun amanah yang disebut dalam seksyen 14;
“bantuan guaman” ertinya khidmat bantuan guaman sebagaimana yang dinyatakan dalam seksyen 15;
“hakim” ertinya—
(a)
hakim bagi mahkamah yang ditubuhkan oleh Bahagian
IX Perlembagaan Persekutuan dan termasuklah Hakim
Mahkamah Sesyen atau Majistret; atau
(b)
hakim Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi
Syariah, Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah
Utama Syariah;
“kanak-kanak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam
Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611];
“Ketua Pembela Awam” ertinya Ketua Pembela Awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“khidmat pembelaan awam” ertinya khidmat pembelaan awam menurut Bahagian IV;
“kos kepeguaman” ertinya kos yang berhak diterima oleh
Ketua Pengarah daripada orang yang dibantu atau tertuduh yang dibantu bagi apa-apa tindakan guaman yang perlu diambil dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan bagi menjalankan apa-apa perkara kepeguaman yang timbul dalam apa-apa prosiding yang dikendalikan dalam mana-mana mahkamah;
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 11
“mahkamah” ertinya—
(a)
mahkamah yang ditubuhkan di bawah Bahagian IX
Perlembagaan Persekutuan; dan
(b)
Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah,
Mahkamah Rayuan Syariah atau Mahkamah Utama Syariah;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang dan bantuan guaman;
“orang yang dibantu” ertinya—
(a)
seseorang yang telah diberikan suatu perakuan bantuan guaman di bawah Bab 3 atau 4 Bahagian III; atau
(b)
seseorang yang telah diberikan khidmat bantuan guaman di bawah Bab 2 atau 5 Bahagian III;
“panel peguam” ertinya panel peguam di bawah seksyen 7 atau 8;
“pegawai pembela awam” ertinya seseorang pegawai pembela awam yang dilantik di bawah subseksyen 4(1);
“pegawai yang dilantik” ertinya seseorang pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1);
“peguam” ertinya—
(a)
bagi maksud mahkamah sivil dan jenayah, seseorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang diterima masuk sebagai peguam dan didaftaraikan di bawah
Akta Profesion Undang-Undang 1976 [Akta 166] atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkenaan; dan
(b)
bagi maksud mahkamah syariah, seseorang Peguam Syarie yang diterima masuk sebagai Peguam Syarie di Mahkamah
Tinggi Syariah di Wilayah-Wilayah Persekutuan atau mana-mana Negeri yang berkenaan, dan berdaftar di bawah
Akta Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah
Persekutuan) 2019 [Akta 814] atau mana-mana enakmen
Negeri yang berkenaan berhubung dengan profesion guaman syarie;
Undang-Undang Malaysia 12
Akta 878
“peguam yang ditugaskan” ertinya seseorang peguam daripada panel peguam yang ditugaskan untuk bertindak bagi pihak Ketua
Pengarah atau Ketua Pembela Awam;
“pengantara” ertinya mana-mana orang yang dilantik di bawah seksyen 46;
“penjaga” berhubung dengan seseorang kanak-kanak, hendaklah termasuk mana-mana orang yang difikirkan sesuai oleh Ketua
Pengarah untuk dilantik sebagai wakil litigasi, sahabat wakil atau penjaga ad litem kanak-kanak itu bagi maksud tindakan dan prosiding guaman yang dikendalikan oleh Ketua Pengarah bagi faedah kanak-kanak itu;
“perkhidmatan elektronik” ertinya perkhidmatan elektronik yang disediakan oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen 62;
“teknologi komunikasi jarak jauh” ertinya suatu rangkaian video secara langsung, rangkaian televisyen secara langsung atau apa-apa cara komunikasi elektronik yang lain;
“tertuduh yang dibantu” ertinya seseorang yang telah diberikan perakuan pembelaan awam di bawah Bahagian IV;
“Timbalan Ketua Pengarah” ertinya Timbalan Ketua Pengarah
Bantuan Guaman yang dilantik di bawah subseksyen 3(1).