Malaysia legislation

Section 3

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 3

(2)

Seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan dan hendaklah mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi.

(3)

Ketua Pengarah hendaklah menumpukan sepenuh masa profesionalnya sebagai Ketua Pengarah dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.

(4)

Ketua Pengarah hendaklah mempunyai pengawasan dan arahan am bagi segala perkara yang berhubungan dengan bantuan guaman dan khidmat pembelaan awam di seluruh Malaysia.

(5)

Walau apa pun peruntukan undang-undang bertulis yang berlawanan, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah dan tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berhujah dalam semua mahkamah di Malaysia.

(6)

Bagi maksud Akta ini, tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

tertakluk kepada pengawasan dan arahan am Ketua

Pengarah; dan

(b)

mempunyai dan melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah di bawah Akta ini selain kuasa yang diberikan kepada Ketua Pengarah secara khusus berhubung dengan—

(i)

penugasan panel peguam bagi prosiding sivil dan syariah; dan

(ii)

pemfailan dan pengendalian rayuan di bawah seksyen 33, 34 dan 35.

(7)

Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) yang bukan anggota perkhidmatan awam, hendaklah menerima saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri

Kewangan.

Undang-Undang Malaysia 14

Akta 878

(8)

Jika Ketua Pengarah, atas apa-apa sebab, tidak dapat menjalankan kewajipannya bagi apa-apa tempoh atau jika jawatan

Ketua Pengarah menjadi kosong, Timbalan Ketua Pengarah yang paling kanan boleh menjalankan segala kuasa dan melaksanakan segala kewajipan Ketua Pengarah.

Pelantikan Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam

Section 3 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 | mylaw.my