Malaysia legislation
Section 31
Seksyen 31
(a)
tiada apa-apa amaun yang genap masa dan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu; atau
(b)
kos itu lebih tinggi daripada amaun yang genap masa dan kena dibayar oleh orang yang dibantu itu.
Undang-Undang Malaysia 32
Akta 878
(2)
Bagi maksud subseksyen (1), apa-apa perintah berkenaan dengan kos hendaklah dibuat oleh mahkamah atas nama
Ketua Pengarah Bantuan Guaman.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4), (5), (6), (7) dan (8), tiap-tiap orang yang dibantu hendaklah membayar kepada Ketua
Pengarah suatu kos kepeguaman.
(4)
Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa wang yang kurang daripada sepuluh ribu ringgit, orang yang dibantu itu tidak bertanggungan untuk membuat apa-apa bayaran kepada Ketua Pengarah sebagai kos kepeguaman.
(5)
Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa wang yang lebih daripada sepuluh ribu ringgit, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada
Ketua Pengarah satu perempat daripada amaun yang diperintahkan tetapi tidak melebihi sepuluh ribu ringgit sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.
(6)
Jika mahkamah memerintahkan orang yang dibantu itu untuk menerima apa-apa harta yang bernilai lebih daripada sepuluh ribu ringgit sebagaimana yang ditaksirkan dalam prosiding itu, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun yang tidak melebihi sepuluh peratus daripada nilai harta tersebut sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.
(7)
Jika mahkamah mengesahkan suatu award yang diberikan oleh badan separa kehakiman, orang yang dibantu itu hendaklah membayar kepada Ketua Pengarah suatu amaun tidak melebihi sepuluh peratus daripada amaun award sebagai kos kepeguaman yang perlu didepositkan ke dalam akaun amanah.
(8)
Ketua Pengarah boleh, dengan kelulusan Menteri, mengenepikan atau membenarkan pengurangan apa-apa bayaran yang boleh dikenakan di bawah subseksyen (5), (6) atau (7) jika pengenaan pembayaran itu boleh menyebabkan kesusahan yang tidak wajar ke atas orang yang dibantu itu.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 33
(9)
Bagi maksud subseksyen (1), “kos” hendaklah termasuk—
(a)
fi peguam;
(b)
fi yang disebut dalam perenggan 28(6)(a) dan (b); dan
(c)
apa-apa wang yang dibelanjakan oleh Ketua Pengarah menurut seksyen 30, bagi membayar perbelanjaan luar jangka.
(10)
Bagi maksud subseksyen (4) dan (5), “wang” tidak termasuk kos yang disebut dalam subseksyen (1).
Penangguhan prosiding apabila permohonan bantuan guaman dibuat