Malaysia legislation
Section 32
Seksyen 32
(a)
menyerahkan suatu pemberitahuan kepada pihak yang satu lagi mengikut kaedah-kaedah mahkamah berkenaan dengan permohonan itu; dan
(b)
memfailkan pemberitahuan itu mengikut kaedah-kaedah mahkamah tanpa membayar apa-apa fi pemfailan.
(2)
Mahkamah hendaklah, apabila menerima pemberitahuan daripada Ketua Pengarah di bawah subseksyen (1), memerintahkan prosiding itu ditangguh bagi tempoh satu bulan daripada—
(a)
tarikh pemfailan pemberitahuan itu; atau
(b)
mana-mana tarikh sebutan atau pendengaran sebagaimana diarahkan oleh mahkamah, bagi membolehkan Ketua Pengarah memutuskan sama ada pemohon itu layak diberikan bantuan guaman di bawah Akta ini.
Undang-Undang Malaysia 34
Akta 878
(3)
Bagi maksud subseksyen (2), mahkamah boleh—
(a)
membenarkan tempoh penangguhan dikurangkan atau dilanjutkan; atau
(b)
membatalkan perintah penangguhan itu jika mahkamah mendapati permohonan bagi bantuan guaman yang dibuat di bawah Akta ini merupakan suatu tindakan penyalahgunaan proses mahkamah oleh pemohon.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2) dan (3), demi kepentingan keadilan, mahkamah boleh membenarkan—
(a)
suatu perintah interlokutori diberikan, dikuatkuasakan atau dilaksanakan bagi sesuatu injunksi;
(b)
suatu perintah interlokutori bagi pelantikan seseorang penerima atau pengurus, atau penerima dan pengurus;
(c)
suatu perintah untuk mengekalkan kesahan sesuatu kaveat untuk menghalang apa-apa urusniaga sesuatu tanah diberimilik; atau
(d)
apa-apa perintah lain yang perlu dibuat oleh mahkamah secara adil dan saksama bagi faedah pihak satu lagi dalam prosiding itu.
(5)
Seksyen 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30 dan 31
hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi permohonan untuk bantuan guaman di bawah subseksyen (1).
Rayuan orang yang dibantu terhadap keputusan mahkamah