Malaysia legislation

Section 4

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 4

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 13

(2)

Semua orang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kelayakan akademik dalam bidang undang-undang yang diiktiraf oleh Kerajaan.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), seseorang yang dilantik sebagai Ketua Pembela Awam di bawah subseksyen (1) hendaklah mempunyai kemahiran praktikal, pengetahuan dan pengalaman dalam kepeguaman dan litigasi.

(4)

Ketua Pembela Awam hendaklah menumpukan sepenuh masa profesionalnya sebagai Ketua Pembela Awam dan semasa memegang jawatan itu tidak boleh memegang apa-apa jawatan atau pekerjaan lain sama ada dengan saraan atau tidak.

(5)

Ketua Pembela Awam dan pegawai pembela awam hendaklah tertakluk kepada pengawasan dan arahan am Ketua Pengarah.

(6)

Ketua Pembela Awam dan mana-mana pegawai pembela awam hendaklah berhak, bagi maksud Akta ini, untuk hadir dan berhujah dalam semua prosiding jenayah di Malaysia bagi tertuduh yang dibantu.

(7)

Bagi maksud Akta ini, pegawai pembela awam hendaklah mempunyai dan melaksanakan segala kuasa yang diberikan kepada

Ketua Pembela Awam di bawah Akta ini selain kuasa yang diberikan kepada Ketua Pembela Awam secara khusus berhubung dengan—

(a)

penugasan panel peguam untuk prosiding jenayah; dan

(b)

pemfailan dan pengendalian rayuan di bawah seksyen 60.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 15

(8)

Walau apa pun perenggan (7)(a), Ketua Pembela Awam boleh mewakilkan kuasanya untuk menugaskan panel peguam dalam prosiding jenayah kepada pegawai yang dilantik di bawah subseksyen 3(1).

(9)

Tiap-tiap pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1)

yang bukan anggota perkhidmatan awam, hendaklah menerima saraan sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

Arahan Ketua Pengarah

Section 4 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 | mylaw.my