Malaysia legislation
Section 57
Seksyen 57
Merekodkan dan memfailkan perakuan pembelaan awam
(a)
bertindak bagi pihak tertuduh yang dibantu; atau
(b)
menugaskan seorang peguam yang dipilih sama ada oleh tertuduh yang dibantu itu atau Ketua Pembela Awam untuk bertindak bagi pihak tertuduh yang dibantu itu.
(2)
Ketua Pembela Awam hendaklah merekodkan nama peguam yang ditugaskan dalam perakuan pembelaan awam.
(3)
Ketua Pembela Awam atau peguam yang ditugaskan hendaklah memfailkan perakuan pembelaan awam tanpa dikenakan bayaran mahkamah untuk memulakan apa-apa prosiding di mahkamah.
(4)
Ketua Pembela Awam atau peguam yang ditugaskan hendaklah mewakili tertuduh yang dibantu dalam prosiding mahkamah selepas perakuan pembelaan awam difailkan di mahkamah.
(5)
Jika terdapat apa-apa pertukaran peguam yang ditugaskan kepada tertuduh yang dibantu, Ketua Pembela Awam atau peguam yang baru ditugaskan hendaklah memfailkan di mahkamah yang mendengar prosiding itu suatu notis pertukaran peguam.
(6)
Apabila perakuan pembelaan awam itu telah difailkan menurut subseksyen (3), tertuduh yang dibantu itu—
(a)
hendaklah diberikan suatu salinan rekod nota hakim bagi prosiding jenayah tertuduh yang dibantu itu dengan percuma; dan
(b)
tidak bertanggungan untuk membayar apa-apa fi mahkamah.
Undang-Undang Malaysia 46
Akta 878
Pembatalan perakuan pembelaan awam