Malaysia legislation
Section 58
Seksyen 58
(a)
apa-apa perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 54 , sama ada suatu permohonan telah dibuat bagi maksud itu atau tidak; dan
(b)
selepas mendapat kebenaran daripada Menteri, apa-apa perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan di bawah seksyen 55.
(2)
Ketua Pembela Awam atau mana-mana pegawai pembela awam hendaklah mengambil apa-apa tindakan yang munasabah atau perlu untuk mengeluarkan suatu notis pembatalan perakuan pembelaan awam kepada tertuduh yang dibantu.
(3)
Notis pembatalan perakuan pembelaan awam yang dikeluarkan kepada tertuduh yang dibantu itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh tertuduh yang dibantu itu menerima notis tersebut.
(4)
Sekiranya perakuan pembelaan awam yang dibatalkan telah difailkan di mana-mana mahkamah, Ketua Pembela Awam atau pegawai pembela awam hendaklah memfailkan di mahkamah itu suatu notis pembatalan perakuan pembelaan awam dan pembatalan itu hendaklah berkuat kuasa dari tarikh pemfailan notis itu di mahkamah.
(5)
Mahkamah hendaklah, apabila menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (4), memerintahkan semua prosiding jenayah yang belum selesai berhubung dengan tertuduh yang dibantu itu ditangguh—
(a)
bagi tempoh satu bulan; atau
(b)
bagi apa-apa tempoh lain selepas mengambil kira kepentingan keadilan pihak yang mungkin terkesan oleh perintah penangguhan itu.
Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 47
(6)
Seseorang itu hendaklah terhenti daripada menjadi tertuduh yang dibantu berkuat kuasa dari—
(a)
tarikh orang itu menerima notis pembatalan di bawah subseksyen (3); atau
(b)
tarikh pemfailan notis pembatalan di mahkamah di bawah subseksyen (4).
Pendahuluan bagi perbelanjaan luar jangka dalam prosiding jenayah