Malaysia legislation

Section 7

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 7

(a)

menyiasat apa-apa permohonan bagi bantuan guaman dan membuat laporan yang berhubungan dengan siasatan itu;

Undang-Undang Malaysia 16

Akta 878

(b)

memberikan pendapat mengenai permohonan bagi bantuan guaman itu;

(c)

bertindak bagi pihak orang yang dibantu; dan

(d)

memberikan nasihat guaman di bawah peruntukan Akta ini.

(2)

Ketua Pengarah boleh menyediakan panel peguam yang berasingan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.

(3)

Mana-mana peguam boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, memohon kepada Ketua

Pengarah untuk namanya didaftarkan dalam mana-mana panel peguam bagi bantuan guaman.

(4)

Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk mewakili orang yang dibantu boleh hadir dan berhujah dalam semua mahkamah bagi pihak Ketua Pengarah mengikut kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan mahkamah sivil atau syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Panel peguam bagi khidmat pembelaan awam

Section 7 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 | mylaw.my