Malaysia legislation

Section 8

of AKTA BANTUAN GUAMAN DAN PEMBELAAN AWAM 2026

Seksyen 8

(a)

menyiasat apa-apa permohonan bagi khidmat pembelaan awam dan membuat laporan yang berhubungan dengan siasatan itu;

(b)

memberikan pendapat mengenai permohonan bagi khidmat pembelaan awam dan mengenai apa-apa persoalan undang-undang yang timbul dalam prosiding yang melibatkan pemohon; dan

(c)

bertindak bagi pihak tertuduh yang dibantu.

(2)

Ketua Pembela Awam boleh menyediakan panel peguam yang berasingan bagi maksud yang berlainan dan bagi mahkamah yang berlainan.

Bantuan Guaman dan Pembelaan Awam 17

(3)

Mana-mana peguam boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditentukan oleh Ketua Pembela Awam, memohon kepada Ketua Pembela Awam untuk namanya didaftarkan dalam mana-mana panel peguam bagi khidmat pembelaan awam.

(4)

Mana-mana peguam yang ditugaskan untuk mewakili tertuduh yang dibantu boleh hadir dan berhujah dalam semua mahkamah bagi pihak Ketua Pembela Awam menurut tatacara bagi prosiding jenayah.

Bayaran bagi peguam yang ditugaskan

Section 8 — LEGAL AID AND PUBLIC DEFENCE ACT 2026 | mylaw.my