Malaysia legislation

Section 3

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA 1971

Seksyen 3

(2)

Jadual Pertama kepada Akta ini hendaklah berkuat kuasa berkenaan dengan Lembaga.

(3)

Lembaga hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut yang dilantik oleh Menteri:

(a)

seorang Pengerusi;

(b)

seorang Ketua Pengarah;

(c)

seorang wakil Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani;

(d)

seorang wakil Perbendaharaan;

(e)

seorang wakil Jabatan Perikanan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani;

(f)

seorang wakil Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri;

(g)

seorang wakil Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan;

dan

(h)

tidak lebih daripada 5 orang yang berpengalaman dan telah menunjukkan kebolehan dalam perkara yang berhubungan dengan industri perikanan atau pemasaran, kewangan atau pentadbiran.

(4)

Menteri hendaklah apabila melantik orang yang disebut dalam perenggan 3(h) memberikan pertimbangan tentang keperluan pelbagai kepentingan dan wilayah dalam Malaysia diwakili.

8

Undang-Undang Malaysia

Akta 49

(5)

Seorang Pengerusi sementara atau seorang ahli sementara boleh dilantik dalam masa Pengerusi atau ahli Lembaga tidak berupaya buat sementara (sama ada oleh sebab sakit atau tidak berada dalam Malaysia atau oleh apa-apa sebab lain), dan Pengerusi sementara atau ahli sementara itu hendaklah dilantik dengan cara yang serupa seperti Pengerusi atau ahli dilantik di bawah seksyen ini.

(6)

Seseorang ahli Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya melainkan jika dia terlebih dahulu meletakkan jawatannya atau pelantikannya dibatalkan, dan adalah layak dilantik semula.

(7)

Menteri boleh memberi Lembaga arahan secara am yang selaras dengan peruntukan Akta ini tentang menjalankan fungsi dan kuasa Lembaga.

Fungsi Lembaga

Section 3 — LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA ACT 1971