Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
menggalakkan dan memajukan pengurusan yang cekap dan berkesan mengenai perusahaan perikanan dan pemasaran ikan;
(b)
mengadakan dan menyelia kemudahan kredit bagi pengeluaran ikan dan memastikan bahawa kemudahan ini digunakan sepenuhnya;
(c)
mengambil bahagian dalam perusahaan perikanan dan bagi maksud itu mengambil bahagian dalam pembinaan bot dan pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan;
(d)
menggalakkan, menggiatkan, memudahkan dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial Persatuan Nelayan;
(e)
mendaftarkan, mengawal dan menyelia Persatuan Nelayan dan mengadakan peruntukan mengenai perkara yang berhubungan dengannya; dan
(f)
mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti yang disebut terdahulu.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 9
(2)
Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang semunasabahnya perlu untuk atau bersampingan dengan menjalankan fungsinya di bawah subseksyen (1) dan khususnya, tetapi tanpa menyentuh keluasan yang disebut terdahulu—
(a)
mengadakan peraturan mengenai pemasaran ikan khususnya dengan jalan melesenkan penjual borong, penjual runcit, pemproses ikan, pengimport dan pengeksport;
(b)
menetapkan dan mengadakan peraturan mengenai pembungkusan, pemeringkatan, penimbangan dan penyimpanan ikan;
(c)
menubuhkan, mengadakan peraturan mengenai dan, jika perlu, menguruskan, mengenai sesuatu kawasan, suatu pasar jual borong ikan di mana semua transaksi jual borong ikan di kawasan itu akan dijalankan mengikut tatacara yang ditentukan oleh Lembaga;
(d)
menetapkan cara, mengadakan peraturan mengenai, kemasukan dan tatacara yang hendaklah diikuti di, penjualan yang dijalankan di sesuatu pasar jual borong ikan, dan jika sesuatu jualan lelong diadakan di situ, menetapkan cara bagaimana penjualan itu boleh dijalankan;
(e)
mengadakan peraturan mengenai pemprosesan ikan;
(f)
melarang, mengadakan peraturan mengenai atau mengawal pemindahan ikan;
(g)
menghendaki orang yang mengambil bahagian dalam pemprosesan atau pemasaran ikan supaya berdaftar dan memberikan dengan apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu;
(h)
melantik ejen bagi maksud menjalankan fungsinya;
(i)
mengenakan fi atau apa-apa bayaran lain yang difikirkannya patut bagi menguatkuasakan mana-mana daripada kuasa atau fungsinya;
(j)
menerima sebagai balasan bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya apa-apa komisen atau bayaran sebagaimana yang dipersetujui;
10
Undang-Undang Malaysia
Akta 49
(k)
dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri
Kewangan, mengambil bahagian dalam ekuiti, jika yang demikian itu, pada pendapatnya, adalah perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsinya;
(l)
menjalankan segala aktiviti yang didapatinya perlu, berfaedah atau sesuai untuk atau berkaitan dengan menjalankan fungsinya, termasuk pembinaan bot dan pengendalian menangkap ikan, pengeluaran bekalan dan kelengkapan menangkap ikan, pengangkutan, pembungkusan, pemprosesan, penjualan bekalan, kelengkapan dan barang menangkap ikan, pemeringkatan, penyimpanan, penjualan secara lelong dan cara-cara pemasaran lain amnya bagi ikan dan bagi menguruskan aktiviti itu;
(m)
menjalankan segala fungsi dan kuasa dan melaksanakan segala kewajipan yang mungkin terletak hak atau diwakilkan kepadanya di bawah atau menurut mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(2a)
Walau apa pun perenggan (2)(a), lesen bagi pengimport dan pengeksport ikan hendaklah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Kuarantin dan Pemeriksaan dan mengikut Akta Perkhidmatan
Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].
(3)
Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan
Menteri Kewangan, dari semasa ke semasa—
(a)
menubuhkan perbadanan di bawah subseksyen ini; dan
(b)
menubuhkan atau menggalakkan penubuhan atau peluasan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dengan apa-apa nama sebagaimana yang difikirkan patut oleh
Lembaga, untuk melaksanakan, menjaga, menjalankan dan menguruskan apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dirancangkan atau diusahakan oleh Lembaga pada menjalankan fungsinya dan jika Lembaga berbuat demikian, peruntukan—
(i)
Jadual Kedua kecuali perenggan 4a; dan
(ii)
Akta Syarikat 1965, hendaklah masing-masingnya terpakai bagi perbadanan dan syarikat itu.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia 11
(4)
Sebagai tambahan kepada dan tidak sebagai mengurangkan kuasanya di bawah subseksyen (3) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan Menteri Kewangan, memohon untuk didaftarkan sebagai suatu syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 sesuatu perbadanan yang telah ditubuhkan di bawah perenggan (3)(a) dan jika Lembaga berbuat demikian—
(a)
peruntukan subperenggan 4a(1) dan (2) sahaja dalam