Malaysia legislation

Section 32

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA 1972

Seksyen 32

(2)

Tanpa menjejaskan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara yang apa-apa jenis dokumen, cek dan surat cara hendaklah ditandatangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(c)

mengenakan fi dalam hal yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)

mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara yang berkaitan dengan syer, saham, bon, debentur atau saham debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang didapati oleh

Lembaga adalah perlu atau suai manfaat, dan khususnya,

Lembaga Kemajuan Johor Tenggara 23

bagi mengawal selia kaedah pengeluaran, pemindahan hakmilik, penebusan atau urusan lain mengenai syer, saham, bon, debentur atau saham debentur itu;

(e)

menetapkan cara bagaimana terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 27;

dan

(f)

mengadakan peruntukan pada amnya mengenai perjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan itu—

(a)

boleh menetapkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peruntukan mana-mana peraturan hendaklah menjadi suatu kesalahan; dan

(b)

boleh mengadakan peruntukan bagi pengenaan penalti bagi kesalahan itu yang penaltinya tidak boleh melebihi satu ribu ringgit.

Kuasa untuk meminda Jadual 32a. Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, meminda mana-mana Jadual melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan Akta ini diperbuat

Section 32 — LEMBAGA KEMAJUAN JOHOR TENGGARA ACT 1972