Malaysia legislation
Section 33
Seksyen 33
Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga sebagai persedian dan ke arah pelaksanaan yang sepatutnya Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengannya pada menjangkakan Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini; dan segala hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung bagi pihak Lembaga daripada apa-apa yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuat kuasa.
Undang-Undang Malaysia 24
Akta 75