Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“Bahagian” ertinya Bahagian yang ditubuhkan di bawah seksyen 14;
“Kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah” ertinya mana-mana kawasan yang ditetapkan oleh Menteri mengikut seksyen 9;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;
Undang-Undang Malaysia 6
Akta 249
“Lembaga” ertinya Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kemajuan luar bandar dan wilayah;
“Negeri” ertinya Negeri Kedah;
“pegawai perakaunan” termasuklah tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan kewajipan memungut, menerima, atau mengakaunkan atau yang sebenarnya memungut, menerima atau mengakaunkan apa-apa wang Kumpulan Wang, atau yang dipertanggungkan dengan kewajipan membayar, atau yang sebenarnya membayar, apa-apa wang, dan tiap-tiap pegawai dan pekhidmat yang dipertanggungkan dengan penerimaan, penjagaan atau pelupusan, atau pengakaunan, apa-apa barang simpanan dan harta Lembaga atau yang sebenarnya menerima, memegang atau melupuskan barang simpanan dan harta itu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pengurus Besar” ertinya Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(1);
“perbadanan” ertinya perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28;
“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subseksyen 4(1) *Akta Syarikat 1965 [Akta 125];
“Timbalan Pengerusi” ertinya Timbalan Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Timbalan Pengurus Besar” ertinya Timbalan Pengurus Besar yang dilantik di bawah subseksyen 13(6).
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016
[Akta 777] m.b.p. 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah 7