Malaysia legislation

Section 3

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH 1981

Seksyen 3

Suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Kemajuan

Wilayah Kedah” ditubuhkan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas namanya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadai janji, mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada

Lembaga, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.

Section 3 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH KEDAH ACT 1981