Malaysia legislation

Section 14

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 14

(2)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab—

(a)

menyediakan program, skim dan projek untuk pertimbangan Lembaga;

(b)

melaksanakan segala program, skim dan projek Lembaga; dan

(c)

melaksanakan keputusan-keputusan Lembaga dan arahan-arahan Pengerusi.

(3)

Pengurus Besar hendaklah bertanggungjawab kepada Pengerusi.

(4)

Pengurus Besar hendaklah berkuasa mengawal secara am pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga.

(5)

Pengurus Besar hendaklah melaksanakan apaapa kewajipan lain atau apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga atau Pengerusi dari semasa ke semasa.

(6)

Untuk membantu Pengurus Besar dalam fungsinya, Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melantik seorang atau lebih Timbalan Pengurus Besar dan meletakhak pada mereka apa-apa kuasa dan mempertanggungkan atas mereka apa-apa kewajipan dan fungsi sebagaimana ditentukan oleh Lembaga.

(7)

Jika Pengurus Besar tidak ada buat sementara di dalam Malaysia atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang cukup untuk melaksanakan kewajipan-kewajipan, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana Timbalan Pengurus Besar melaksanakan kewajipan-kewajipan Pengurus Besar dalam masa Pengurus Besar tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

(8)

Pengurus Besar dan tiap-tiap Timbalan Pengurus Besar adalah pegawai Lembaga.

Section 14 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983