Malaysia legislation
Section 15
Seksyen 15
(2)
Pegawai yang menjaga tiap-tiap Bahagian hen-daklah dilantik oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri.
(3)
Adalah menjadi tanggungjawab pegawai yang menjaga sesuatu Bahagian melaksanakan dan menjalankan keputusan-keputusan Lembaga mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan bahagiannya, mengemukakan syor-syor dasar untuk pertimbangan Lembaga, mengambil bahagian tanpa hak mengundi dalam sesuatu mesyuarat Lembaga apabila perkara-perkara yang berkaitan dengan Bahagiannya dipertimbangan dalam mesyuarat tersebut dan juga menjalankan segala kuasa yang mungkin diwakilkan kepadanya oleh Lembaga.
(2)
Seseorang tidaklah layak untuk diambil kerja sebagai pegawai atau pengkhidmat Lembaga, jika dia mempunyai, secara langsung atau secara tak langsung, dengan sendirinya atau melalui pekongsinya, apa-apa syer atau kepentingan dalam sesuatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.