Malaysia legislation

Section 21

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 21

Kumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—

(a)

memberi pinjaman di bawah seksyen 28;

(b)

membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk bayaran ukur, guaman dan lain-lain bayaran dan kos, dan saraan bagi pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan, pencen atau ganjaran;

(c)

membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau dipersetujui dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melak-sanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(d)

memberi atau menyewa loji, atau kelengkapan, alat jentera, barang-barang dan apa-apa bahan lain, memperolehi tanah dan mendirikan bangunan-bangunan dan menjalankan apa-apa kerja dan usaha lain dalam melaksanakan kewajipannya atau menjalankan fungsinya di bawah seksyen 4;

(e)

membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan

(f)

amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan peruntukan Akta ini.

Section 21 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983