Malaysia legislation

Section 22

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 22

(2)

Sebelum permulaan bulan September tiap-tiap satu tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi projek-projek pembangunan) bagi tahun yang berikutnya mengikut apa-apa bentuk dan mengan-dungi apa-apa butir sebagaimana diarahkan oleh Menteri; dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya itu Menteri hendaklah memberitahu Lembaga mengenai amaun yang dibenarkan untuk perbelanjaan amnya atau mengenai amaun yang dibenarkan bagi tiap-tiap satu jenis perbelanjaan.

LEMBAGA KEMAJUAN. WILAYAH PULAU PINANG

(3)

Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau sebahagian daripada perbelanjaan tambahan yang dimasukkan dalam anggaran tambahan itu.

(4)

Menteri boleh mengarahkan Lembaga supaya mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana yang berkenaan, kepada Kerajaan Negeri atau kepada seseorang lain sebagai-mana dinyatakan dalam arahan itu.

Section 22 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983