Malaysia legislation

Section 33

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 33

(2)

Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan di bawah subseksyen itu boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan cara bagaimana dokumen,cek dan suratcara dari apa-apa jenis akan ditanda-tangani atau disempurnakan bagi pihak Lembaga;

(b)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan pegawai-pegawai dan pengkhidmat-pengkhidmat Lembaga;

(c)

mengenakan fee dalam hal-hal yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)

mengadakan peruntukan mengenai apa-apa perkara berkaitan dengan syer, stok, bon, debentur atau stok debentur yang dikeluarkan di bawah Akta ini yang pada pendapat Lembaga adalah perlu atau bermanfaat, dan khususnya, bagi mengadakan peraturan mengenai

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG cara. mengeluar, memindahmilik, menebus atau urusan-urusan lain mengenai syer, stok, bon, debentur atau stok debentur itu;

(e)

menetapkan cara bagaimana dan terma-terma dan syarat-syarat atas mana pinjaman boleh diberi oleh Lembaga di bawah seksyen 28; dan

(f)

mengadakan peruntukan secara am mengenai penjalanan kuasa-kuasa dan kewajipan-kewa-jipan Lembaga di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini.

(3)

Peraturan-peraturan itu boleh—

(a)

memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau ketinggalan yang melanggar mana-mana peruntukannya adalah menjadi suatu kesa-lahan; dan

(b)

mengadakan peruntukan bagi mengenakan penalti kerana kesalahan-kesalahan itu, dan penalti-penalti itu tidak boleh lebih daripada satu ribu ringgit.

Section 33 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983