Malaysia legislation

Section 34

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG 1983

Seksyen 34

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Lembaga pada menyediakan dan ke arah perlaksanaan wajar mana-mana peruntukan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya dengan menjangka Akta ini akan diperkanunkan hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak dan tanggungan yang diperolehi atau dilakukan bagi pihak Lembaga dari apa-apa perkara yang dilakukan sedemikian atau apa-apa perbelanjaan yang dilakukan sedemikian hendaklah disifatkan hak dan obligasi Lembaga sebaik sahaja Akta ini mula berkuatkuasa.

Section 34 — LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG ACT 1983