Malaysia legislation

Section 23

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 23

Kuasa untuk mengambil khidmat atau melantik

Lembaga boleh mengambil khidmat atau melantik dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, pengurus kumpulan wang, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.

Section 23 — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994