MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
/akn/my/act/act/1994/520
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
*AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994 is Malaysia Act, cited as Act 520 1994, currently marked in force and first recorded in 1994.
Opening note
Bahagian X
Bahagian VI
Bahagian X
Bahagian VII
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam
Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:
Bahagian I
Tajuk ringkas, permulaan kuat kuasa dan pemakaian
Akta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia; walau bagaimanapun Menteri boleh melalui perintah menggantung kuat kuasa keseluruhan atau mana-mana peruntukan Akta ini di mana-mana bahagian di Malaysia.
Tafsiran
mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;
mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau lapangan terbang kecil;
apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau
mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah—
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan perlu atau sebagai persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau
pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya dikehendaki bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);
“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;
“kod amalan” ertinya mana-mana kod, garis panduan, standard, kaedah, spesifikasi atau amalan yang diluluskan oleh Lembaga;
“kontraktor” ertinya seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;
“kontraktor berdaftar” ertinya seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini;
“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;
“latihan” termasuklah menyediakan atau menjalani proses tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang berhubung dengan industri pembinaan;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan kerja raya;
“pegawai diberi kuasa” ertinya—
Lembaga Pembangunan Industri 13
Pembinaan Malaysia
seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor di bawah seksyen 35V;
“pekerja binaan am” ertinya mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual;
“pekerja binaan mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh
Lembaga dan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;
“pekerja binaan separa mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
“pemerakuan” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga memberikan jaminan bertulis bahawa sesuatu proses, amalan atau perkhidmatan mematuhi kehendak yang tertentu;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai Lembaga yang memegang jawatan yang setara dengan Gred 41 ke atas dalam perkhidmatan
Kerajaan;
“pengurus projek binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai;
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
“penyelia tapak binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan;
“personel binaan” ertinya—
mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
“personel binaan berdaftar” ertinya seseorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini;
“Sistem Binaan Berindustri atau SBB” ertinya teknik pembinaan yang dengannya komponen dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak dan seterusnya dibawa, ditempatkan dan dipasangkan ke dalam kerja pembinaan;
“standard” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] dan Akta
Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]; dan
“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subsekyen 4(1) Akta Syarikat 1965
[Akta 125].
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017.
Lembaga Pembangunan Industri 15
Pembinaan Malaysia
Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang telah diawardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Bahagian II
Maka dengan ini ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia”, dan boleh disebut bagi kesemua maksud dengan akronim “CIDB”, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hak milik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, mengikut apa-apa terma yang difikirkannya patut.
Fungsi Lembaga
memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;
memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan;
memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan;
mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;
mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan;
mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan;
mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi kontraktor dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu;
mendaftar, mengakreditasi dan memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu;
Lembaga Pembangunan Industri 17
Pembinaan Malaysia
mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan
menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.
Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas—
menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang berhubungan dengan industri pembinaan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
memberikan pengiktirafan rasmi dan jaminan bertulis termasuk mengawardkan perakuan bagi maksud pemerakuan;
membuat apa-apa perkongsian, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bagi perkongsian keuntungan atau menjalankan aktivitinya secara bersekutu dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau
Kerajaan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
memperoleh syer atau sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan melupuskan atau memegang syer atau sekuriti itu;
menubuhkan suatu perbadanan dengan nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Lembaga;
menubuhkan atau memajukan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan menjalankan atau mengambil dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Lembaga;
mengadakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau selainnya kepada orang yang terlibat dalam industri pembinaan bagi maksud menggalakkan industri tersebut dan mengadakan apa-apa jaminan bagi pihak mereka;
menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan, atau kedua-duanya, berhubungan dengan industri pembinaan;
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut untuk melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
menerima atau membayar sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya atau mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan itu, apa-apa komisen
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017.
Lembaga Pembangunan Industri 19
Pembinaan Malaysia atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui dengan mana-mana orang; dan
melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
Jadual Kedua terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subperenggan (2)(c)(iii).
Tertakluk kepada seksyen 7, menjadi tanggungjawab
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang akan menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan industri pembinaan.
Keanggotaan Lembaga
empat orang wakil yang hendaklah memegang jawatan dalam perkhidmatan awam, yang hendaklah dilantik oleh Menteri.
Semua anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga, semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai anggota, pegawai dan
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
pekhidmat Lembaga, hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].
Kuasa Menteri untuk memberi arahan
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, memberikan arahan yang selaras dengan Akta ini dan Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, melaksanakan segala arahan sedemikian.
Penyata, laporan, akaun dan maklumat
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), Lembaga hendaklah, dengan seberapa segera yang praktik selepas berakhirnya setiap tahun kewangan, menyebabkan dibuat dan dihantar kepada
Menteri dan, jika diarahkan sedemikian oleh Menteri, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain suatu laporan yang memperkatakan aktiviti Lembaga sepanjang tahun kewangan yang sebelumnya dan laporan itu hendaklah dalam bentuk serta hendaklah mengandungi apa-apa maklumat yang berhubungan dengan prosiding dan dasar Lembaga sebagaimana yang dinyatakan oleh Menteri dari semasa ke semasa.
Kuasa Lembaga untuk menubuhkan jawatankuasa
Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang sesuai menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).
Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi dan boleh mengawal selia tatacaranya sendiri dan, pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen ini, jawatankuasa itu hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberi kepadanya oleh Lembaga.
Mana-mana mesyuarat jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa, tertakluk kepada subseksyen (3).
Sesuatu jawatankuasa boleh menjemput mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya atas apa-apa perkara yang dibincangkan dengan syarat bahawa orang yang dijemput sedemikian itu tidak berhak mengundi di mana-mana mesyuarat itu.
Anggota sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini dan mana-mana orang yang dijemput di bawah subseksyen (5) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat sesuatu jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.
Bahagian III
Pengerusi
Jika Pengerusi tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang baik tidak dapat melaksanakan kewajipannya, Menteri boleh melantik mana-mana anggota Lembaga untuk menjalankan kewajipan
Pengerusi.
Ketua Eksekutif
Ketua
Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan wajar fungsi dan hal ehwal Lembaga.
Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kuasa pengawalan am atas pegawai dan pekhidmat lain Lembaga.
Ketua Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Jika Ketua Eksekutif tiada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain yang baik tidak dapat melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain melaksanakan kewajipannya.
Pelantikan pegawai dan pekhidmat Lembaga
Tiada seorang pun layak diambil kerja sebagai pegawai atau pekhidmat Lembaga, jika dia, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya, apa-apa syer
Lembaga Pembangunan Industri 23
Pembinaan Malaysia atau kepentingan dalam apa-apa kontrak, atau kontrak yang dicadangkan dengan, untuk atau bagi pihak Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Lembaga.
Peraturan-peraturan berkenaan dengan tatatertib
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh termasuk peruntukan bagi—
penggantungan kerja tanpa gaji atau saraan lain, seseorang pegawai atau pekhidmat Lembaga sementara menanti keputusan prosiding tatatertib terhadapnya.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah mewujudkan apa-apa kesalahan tatatertib dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa hukuman tatatertib yang difikirkan sesuai oleh Lembaga, dan hukuman yang diperuntukkan sedemikian boleh meliputi pembuangan kerja atau penurunan pangkat.
Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh, dalam menetapkan tatacara bagi prosiding tatatertib, memberikan peluang kepada orang yang terhadapnya prosiding tatatertib itu
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
diambil membuat representasi sebelum keputusan diambil oleh
Lembaga atas pertuduhan tatatertib terhadap orang itu.
Bahagian IV
Kumpulan Wang
Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada—
apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa bagi maksud Akta ini oleh Parlimen;
wang yang didapati daripada perkhidmatan perundingan dan nasihat yang disediakan oleh Lembaga;
wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;
apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada Lembaga;
jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud menjelaskan mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;
wang yang didapati daripada pendaftaran, akreditasi, pemerakuan dan latihan kontraktor dan personel binaan di bawah Akta ini;
Lembaga Pembangunan Industri 25
Pembinaan Malaysia
wang yang dipungut dengan cara levi di bawah seksyen 34
Akta ini;
(ha) wang yang dipungut dan diterima di bawah seksyen 38C;
dan
segala wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada, atau terletak hak pada,
Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi, kuasa dan kewajipannya.
Pemeliharaan Kumpulan Wang
Menjadi kewajipan Lembaga memelihara Kumpulan Wang dengan melaksanakan, menjalankan dan menunaikan fungsi, kuasa dan kewajipannya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa jumlah hasil Lembaga, tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, cukup untuk membayar semua wang yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya kepada akaun hasilnya, termasuk susut nilai dan bunga atas modal, dari setahun ke setahun.
Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada
Kumpulan Wang
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk fi dan kos guaman dan kos dan fi lain, dan saraan bagi pegawai dan pekhidmat yang dilantik dan diambil kerja oleh Lembaga, termasuk elaun persaraan awal;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetujui terima dengan sepatutnya oleh Lembaga dalam melaksanakan fungsi dan kuasanya di bawah seksyen 4;
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atasnya; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan bagi melaksanakan Akta ini.
Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Sebelum permulaan setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, dan sebelum permulaan tahun yang berikutnya, Menteri hendaklah memberitahu
Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan
Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.
Menteri boleh mengarahkan Lembaga mengemukakan suatu salinan anggaran atau anggaran tambahan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, kepada mana-mana pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu.
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980
adalah terpakai
Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 [Akta 240]
adalah terpakai bagi Lembaga dan mana-mana perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini.
Lembaga Pembangunan Industri 27
Pembinaan Malaysia
Bahagian V
Kuasa untuk meminjam
Lembaga boleh, dari semasa ke semasa, dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan, meminjam wang melalui pengeluaran bon, debentur atau saham daripada apa-apa kelas dan nilai dan atas apa-apa terma yang difikirkannya suai manfaat, dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan, bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:
pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah Akta ini;
pelaksanaan apa-apa fungsi tambahan yang diusahakan oleh Lembaga di bawah Akta ini;
penebusan apa-apa syer atau saham yang Lembaga dikehendaki atau berhak menebusnya; dan
apa-apa perbelanjaan lain yang boleh dipertanggungkan dengan sepatutnya pada akaun modal.
28 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Kuasa untuk memberi pinjaman
Pada melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya, Lembaga boleh, dengan kelulusan
Menteri dan Menteri Kewangan, memberi pinjaman, dan pinjaman itu boleh diberikan tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan oleh Lembaga, dengan kelulusan Menteri dan Menteri
Kewangan, patut dikenakan dalam mana-mana hal tertentu.
Pelaburan
Lembaga, setakat yang tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, hendaklah dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dan Menteri
Kewangan.
Kuasa untuk mengambil khidmat atau melantik
Lembaga boleh mengambil khidmat atau melantik dan membayar ejen dan penasihat teknik, termasuk peguam bela dan peguam cara, jurubank, pengurus kumpulan wang, broker saham, juruukur, penilai dan orang lain, untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan dalam melaksanakan fungsinya, menjalankan kuasanya atau menunaikan kewajipannya atau bagi melaksanakan maksud Akta ini dengan lebih baik.
Pewakilan fungsi dan kuasa Lembaga
mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga, dan mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian boleh dilaksanakan, dijalankan atau ditunaikan oleh anggota, jawatankuasa, pegawai atau pekhidmat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atas nama dan bagi pihak Lembaga.
Sesuatu pewakilan di bawah seksyen ini tidaklah menghalang
Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi dan kuasa yang diwakilkan.
Bahagian VI
Pendaftaran kontraktor
Tiap-tiap perakuan pendaftaran hendaklah mengikut cara dan bentuk yang ditetapkan.
Lembaga boleh, bagi maksud pendaftaran kontraktor, mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Lembaga boleh menggantung, membatalkan, mengembalikan semula atau menolak mana-mana pendaftaran mana-mana orang di bawah Akta ini.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Seseorang yang terkilan dengan keputusan Lembaga yang dibuat di bawah subseksyen (4) boleh, dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh keputusan Lembaga dimaklumkan kepadanya, merayu kepada Menteri secara bertulis terhadap keputusan itu dan keputusan yang dibuat oleh Menteri adalah muktamad.
Akreditasi kontraktor
Lembaga boleh, bagi maksud akreditasi kontraktor mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Daftar
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu Daftar kontraktor berdaftar dan diakreditasi di bawah Akta ini.
Notis menghendaki butir-butir
Notis di bawah subseksyen (1) boleh disampaikan dengan menyerahkannya melalui penyampaian ke diri atau secara pos berdaftar.
Sesuatu notis boleh menghendaki maklumat dizahirkan dan diberikan pada masa tertentu atau dalam lat-lat tempoh tertentu.
Lembaga Pembangunan Industri 31
Pembinaan Malaysia
Lembaga tidak boleh menghendaki mana-mana orang memberikan maklumat di bawah seksyen ini yang akan menzahirkan apa-apa rahsia perdagangan.
Penalti kerana tidak mematuhi notis
Seseorang yang—
tidak mematuhi kehendak suatu notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 27; atau
dengan disedarinya atau secara melulu memberikan atau menyebabkan diberikan apa-apa butir palsu mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam notis yang dikeluarkan di bawah seksyen 27, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi menjalankan kerja pembinaan tanpa didaftarkan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen 25(1)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.
Notis supaya menghentikan kerja pembinaan
Jika Lembaga mendapati bahawa kerja pembinaan sedang dijalankan atau disiapkan, atau telah diaku janji untuk dijalankan atau disiapkan oleh seorang kontraktor berdaftar berlanggaran dengan mana-mana peruntukan Akta ini, Lembaga boleh, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada orang itu, menghendaki orang itu untuk berhenti daripada memulakan atau meneruskan kerja pembinaan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan kerja pembinaan itu, dengan atau tanpa syarat.
Seseorang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) atau subseksyen (1A) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kontraktor tertakluk kepada Akta ini
Tiap-tiap kontraktor, sama ada berdaftar di bawah Akta ini atau tidak, adalah tertakluk kepada Akta ini.
Bahagian VII
PERSONEL BINAAN
Tafsiran
Bagi maksud Bahagian ini, “tred” ertinya tred atau pekerjaan yang pada kebiasaannya dikaitkan dengan pekerja binaan mahir.
Lembaga Pembangunan Industri 33
Pembinaan Malaysia
Pendaftaran personel binaan
Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi mana-mana personel binaan yang mempunyai kelayakan profesional dan berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis.
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu
Daftar yang hendaklah mengandungi nama, alamat, tred, kemahiran dan butir-butir lain personel binaan berdaftar.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Akreditasi dan pemerakuan penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir
Bagi maksud Akta ini, pekerja binaan mahir adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Ketiga.
Lembaga hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu
Daftar yang hendaklah mengandungi nama, alamat, tred, kemahiran
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
dan butir-butir lain penyelia tapak binaan dan pekerja binaan mahir yang diakreditasi dan diperakukan.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Mana-mana orang yang mengambil mana-mana penyelia tapak binaan atau pekerja binaan mahir yang tidak diakreditasi dan diperakukan oleh Lembaga untuk menjalankan apa-apa kerja pembinaan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
Institusi latihan, dsb.
menubuhkan suatu badan untuk menjalankan penilaian atau penaksiran atau untuk menjalankan pemeriksaan ke atas institusi latihan itu;
menubuhkan suatu badan untuk membangunkan, memantau dan mengubahsuaikan kurikulum kursus pengajian, standard dan program latihan yang ditawarkan oleh institusi latihan itu;
memberikan pengiktirafan rasmi dan jaminan bertulis termasuk mengawardkan perakuan atau apa-apa kelayakan lain kepada institusi latihan itu;
menggantung atau membatalkan akreditasi institusi latihan kerana melanggar atau tidak mematuhi syarat akreditasi; dan
melakukan apa-apa benda lain yang disifatkan suai manfaat atau perlu oleh Lembaga bagi maksud Bahagian ini.
Lembaga Pembangunan Industri 35
Pembinaan Malaysia
BAHAGIAN VIIA
STANDARD DAN KOD AMALAN DALAM INDUSTRI PEMBINAAN
Lembaga hendaklah memperakukan bahan binaan
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual Keempat.
Lembaga boleh menyimpan dan menyenggarakan suatu
Daftar mengenai butir-butir dan rekod kesemua bahan binaan yang diperakukan.
Lembaga boleh, bagi maksud pemerakuan di bawah subseksyen (1), mengenakan syarat yang difikirkannya patut.
Lembaga boleh menggantung, membatalkan, mengembalikan semula atau menolak pemerakuan dalam hal keadaan yang ditentukan oleh Lembaga.
Berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan
Mana-mana orang yang berurusan atau mengaku janji untuk berurusan dengan bahan binaan yang dinyatakan dalam Jadual
Keempat tanpa pemerakuan Lembaga melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Notis oleh Lembaga bagi orang yang berurusan dengan bahan binaan yang tidak diperakukan
Mana-mana orang yang tidak mematuhi kehendak notis di bawah subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit dan dalam hal kesalahan yang berterusan, boleh didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Kod amalan bagi industri pembinaan
Lembaga atau mana-mana badan lain yang diberi kuasa oleh undang-undang boleh, dari semasa ke semasa, merumuskan, membangunkan, menyemak semula dan meluluskan mana-mana kod amalan yang sesuai dan perlu bagi industri pembinaan.
Bahagian VIII
Pengenaan levi
Bagi tiap-tiap kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada disetemkan atau tidak, yang mempunyai jumlah kontrak yang melebihi lima ratus ribu ringgit, kontraktor hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada Lembaga suatu levi pada kadar suku peratus daripada jumlah kontrak itu.
Tiap-tiap kontraktor hendaklah menzahirkan sepenuhnya kepada Lembaga semua fakta dan hal keadaan yang menyentuh liabilitinya untuk membayar levi itu.
Lembaga hendaklah memberitahu kontraktor amaun levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemberitahuan oleh Lembaga itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun levi yang kena dibayar oleh kontraktor.
Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (2).
Dalam keadaan apabila terdapat lebih daripada seorang kontraktor yang merupakan pihak kepada suatu kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), setiap dan tiap-tiap kontraktor itu adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar levi itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya sehingga memuaskan hati
Lembaga.
Jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat dalam mana-mana kontrak yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung yang—
mengubah jumlah kontrak yang dikenakan levi yang kena dibayar atau yang jika tidak kerana itu akan menjadi kena dibayar;
melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang jika tidak kerana itu akan timbul untuk membayar levi itu;
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
menghindari atau mengelakkan daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang jika tidak kerana itu akan dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini;
atau
menghalang atau mencegah kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana hal,
Lembaga boleh, tanpa menjejaskan kesahan yang dipunyainya dalam apa-apa hal lain atau bagi apa-apa maksud, untuk tidak mengambil kira atau untuk mengubah syarat itu dan membuat apa-apa penyesuaian sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kesan langsung atau tidak langsung syarat sedemikian dalam kontrak itu.
Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (7),
Lembaga boleh—
menganggap nilai keseluruhan mana-mana kerja pembinaan atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai nilai bagi jumlah kontrak;
membuat apa-apa pengiraan atau pindaan mengenai apa-apa nilai mana-mana kerja pembinaan atau kontrak sebagaimana yang perlu untuk menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya; dan
membuat apa-apa pindaan sebagaimana yang perlu bagi menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya.
Jika seseorang kontraktor tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga, kontraktor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat
Lembaga Pembangunan Industri 39
Pembinaan Malaysia kali ganda amaun levi yang kena dibayar itu, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Seseorang kontraktor yang melanggar subseksyen (1) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.
Levi kena dibayar sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada
Lembaga
Pembinaan Malaysia
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang lain, amaun apa-apa levi yang kena dibayar di bawah Bahagian ini boleh didapatkan kembali sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada
Lembaga.
BAHAGIAN VIIIA
KEWAJIPAN KONTRAKTOR
Kewajipan kontraktor
memberitahu dan mengemukakan kepada Lembaga apa-apa maklumat dan dokumen, termasuk apa-apa dokumen sokongan yang berhubungan dengan kerja pembinaan itu, sama ada baru atau sebaliknya, mengikut Akta ini;
memastikan kerja pembinaan dijalankan mengikut peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan, terma dan syarat yang dikenakan oleh Lembaga dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain; dan
memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan sama ada semasa atau selepas kerja pembinaan.
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Bagi maksud seksyen ini,
“memastikan keselamatan bangunan dan kerja pembinaan” ertinya memastikan bahawa mana-mana bangunan atau kerja pembinaan yang sedang dijalankan atau telah dijalankan dengan apa-apa cara yang—
tidak menyebabkan, atau mengancam untuk menyebabkan risiko kecederaan kepada mana-mana orang atau kerosakan kepada apa-apa harta; atau
tidak menyebabkan atau mengancam untuk menyebabkan keruntuhan keseluruhan atau sebahagian—
bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan; atau
apa-apa bangunan, jalan atau pembentukan semula jadi lain yang bertentangan, selari, bersebelahan atau rapat dengan mana-mana bahagian bangunan atau kerja pembinaan itu.
Pelanggaran kewajipan oleh kontraktor
mengambil orang yang berkelayakan atau pakar untuk menjalankan apa-apa penyiasatan dan ujian sebagaimana yang perlu dan untuk menasihati Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan sedang dijalankan atau telah dijalankan;
mengenakan ke atas kontraktor itu, semua atau mana-mana arahan dalam subseksyen (2);
Lembaga Pembangunan Industri 41
Pembinaan Malaysia
mengenakan penalti yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ke atas kontraktor itu.
Lembaga boleh, bagi maksud keselamatan awam atau mencegah apa-apa situasi yang disebut dalam subseksyen 34B(2), mengeluarkan suatu arahan bertulis kepada kontraktor kerja pembinaan itu, supaya kontraktor itu—
menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa kerja pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;
memusnahkan atau menyebabkan supaya dimusnahkan dengan kos kepada kontraktor bangunan yang cacat, atau apa-apa kegagalan atau kejadian lain yang berlaku yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengalihkan apa-apa sisa runtuhan akibat pemusnahan itu; atau
membatalkan atau menggantung pendaftaran kontraktor itu yang diberikan di bawah Akta ini.
Jika mana-mana kontraktor tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen ini dalam masa yang dinyatakan, Lembaga boleh menjalankan arahan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga dan mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga, semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh Lembaga dalam berbuat demikian daripada kontraktor itu.
42 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Tanpa menjejaskan hak Lembaga untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), mana-mana kontraktor yang tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan berkenaan dengan ketidakpatuhan yang berterusan, dikenakan denda tambahan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Mana-mana kontraktor yang kepadanya suatu arahan di bawah subseksyen (2) telah dikeluarkan, semasa arahan itu berkuat kuasa, hendaklah mempamerkan suatu salinan arahan itu pada tiap-tiap pintu masuk bangunan yang dengannya arahan itu berhubungan, dan salinan itu hendaklah dipamerkan dengan cara yang boleh dibaca dengan mudah oleh orang di luar bangunan itu.
Mana-mana kontraktor yang melanggar subseksyen (5)
melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Lembaga boleh memerintahkan kontraktor kerja pembinaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk membayar atau membayar balik kepada Lembaga, keseluruhan atau sebahagian daripada perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga bagi pengambilan orang yang berkelayakan atau pakar di bawah perenggan (1)(a) dan sekiranya kontraktor tidak membayar amaun yang kena dibayar itu, Lembaga boleh mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga, sekian banyak amaun yang kena dibayar oleh kontraktor itu.
Kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor
Suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
Kewajipan orang yang menguruskan atau mengawal tapak pembinaan
Pembinaan Malaysia
hanya terpakai berhubungan dengan perkara yang orang itu mempunyai hak dan kuasa untuk menguruskan atau mengawal.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Bahagian IX
Pemberian kuasa kepada pegawai
Pengerusi boleh, secara bertulis, memberi kuasa mana-mana pegawai Lembaga untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
44 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Kuasa penyiasatan
Apabila selesai penyiasatannya, pegawai diberi kuasa hendaklah serta-merta memberikan segala maklumat yang berhubungan dengan pelakuan mana-mana kesalahan kepada seorang pegawai yang menjaga suatu balai polis dan seorang pegawai polis boleh, dengan waran, menangkap mana-mana orang yang mungkin telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
Kad kuasa
Bilamana pegawai sedemikian menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (1).
Penggeledahan dan penyitaan dengan waran
mana-mana premis atau tapak pembinaan telah digunakan atau akan digunakan bagi; atau
terdapat dalam mana-mana premis atau tapak pembinaan, keterangan yang perlu kepada pengendalian penyiasatan terhadap,
Lembaga Pembangunan Industri 45
Pembinaan Malaysia pelakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran yang memberi kuasa seorang pegawai diberi kuasa yang dinamakan dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan untuk memasuki premis atau tapak pembinaan itu dan jika perlu dengan menggunakan kekerasan.
Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), waran yang dikeluarkan oleh Majistret boleh memberi kuasa pegawai diberi kuasa untuk—
menggeledah dan menyita apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dengan semunasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu;
mengambil sampel apa-apa bahan binaan atau benda yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu bagi maksud menentukan, dengan ujian atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan;
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu; dan
mengarahkan bahawa premis atau tapak pembinaan itu atau mana-mana bahagian daripadanya atau apa-apa benda di dalamnya, hendaklah dibiarkan tanpa disentuh, sama ada secara am atau khusus, dengan melekatkan suatu lak.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis atau tapak pembinaan di bawah seksyen ini boleh membawa bersamanya mana-mana orang dan kelengkapan lain sebagaimana yang difikirkannya perlu.
46 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu—
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis atau tapak pembinaan itu atau apa-apa halangan ke premis atau tapak pembinaan itu untuk masuk ke dalam premis atau tapak pembinaan itu;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan atau pengalihan yang pegawai diberi kuasa itu diberi kuasa untuk melaksanakannya di bawah seksyen ini; dan
menahan mana-mana orang yang di dalam premis atau tapak pembinaan itu sehingga penggeledahan itu selesai.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak munasabah untuk mengalihkan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah seksyen ini, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu di premis atau tapak pembinaan yang di dalamnya bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain itu dijumpai.
Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Seseorang pegawai diberi kuasa, selepas menerima maklumat, yang mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan dalam mendapatkan suatu waran geledah di bawah seksyen 35C—
matlamat kemasukan itu akan terkecewa;
Lembaga Pembangunan Industri 47
Pembinaan Malaysia
mana-mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dipercayai dengan munasabah memberikan keterangan bagi pelakuan kesalahan yang diminta itu boleh dipindahkan atau diganggu; atau
keterangan yang diminta itu boleh diganggu atau dimusnahkan, boleh menjalankan berkenaan dengan premis atau tapak pembinaan itu, segala kuasa yang disebut dalam seksyen 35C dengan sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberi kuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.
Pemeriksaan atau pengujian bahan binaan, dsb., yang disita
Mahkamah hendaklah menganggap bahawa bahan binaan atau apa-apa benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan itu adalah yang sama jenis, kuantiti dan kualiti dengan bahan binaan atau apa-apa benda lain yang disita.
Pelantikan juruanalisis
Lembaga boleh melantik mana-mana orang yang berkelayakan untuk menjadi juruanalisis bagi maksud menjalankan suatu analisis terhadap mana-mana bahan binaan atau apa-apa benda lain dan untuk memperakukan keadaan, jenis, kaedah pengilangan, kualiti, standard dan grednya.
48 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Perakuan analisis
Jika Lembaga berhasrat untuk memberikan apa-apa perakuan yang disebut dalam subseksyen (1) sebagai keterangan, Lembaga hendaklah menyerahkan suatu salinan perakuan itu kepada tertuduh tidak kurang daripada sepuluh hari genap sebelum permulaan perbicaraan itu.
Kuasa untuk memasuki premis, dsb.
Walau apa pun seksyen 35C dan 35D, seorang pegawai diberi kuasa boleh pada bila-bila masa memasuki mana-mana premis atau tapak pembinaan bagi maksud—
memeriksa apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pegawai diberi kuasa itu;
menentusahkan ketepatan rekod atau pernyataan maklumat yang diberikan kepada pegawai diberi kuasa atau kepada
Lembaga; atau
Tiada seorang pun boleh diperiksa kecuali oleh seorang yang lain yang sama jantinanya dengannya, dan pemeriksaan itu hendaklah dijalankan dengan penuh kesopanan.
Lembaga Pembangunan Industri 49
Pembinaan Malaysia
Capaian kepada data berkomputer
Bagi maksud seksyen ini, capaian hendaklah diberikan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk membolehkan pemahaman data berkomputer itu.
Waran boleh diterima walau apa pun kecacatan
Sesuatu waran penggeledahan yang dikeluarkan di bawah Akta ini adalah sah dan boleh dikuatkuasakan walau apa pun apa-apa kecacatan, kesilapan atau peninggalan dalamnya atau dalam permohonan bagi waran itu dan mana-mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dijumpai di premis atau tapak pembinaan di bawah waran itu boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini.
Senarai benda yang disita
Suatu salinan senarai yang disediakan mengikut subseksyen (1)
hendaklah diserahkan dengan serta-merta kepada penduduk premis atau tapak pembinaan di mana bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda
50 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
lain itu dijumpai atau kepada ejen atau pekhidmatnya di premis atau tapak pembinaan itu.
Jika premis atau tapak pembinaan itu tidak diduduki, pegawai diberi kuasa itu hendaklah, bila-bila masa mungkin, menampalkan suatu senarai kesemua yang disita itu di tempat yang mudah dilihat di premis atau tapak pembinaan itu.
Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui kes
Jika mana-mana orang enggan hadir sebagaimana yang dikehendaki, pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan keengganannya itu kepada Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu saman untuk memastikan kehadiran orang itu sebagaimana yang dikehendaki oleh arahan yang dibuat di bawah subseksyen (1).
Pemeriksaan orang yang mengetahui kes
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) itu adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab segala soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh pegawai diberi kuasa, tetapi orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti atau pelucuthakan.
Lembaga Pembangunan Industri 51
Pembinaan Malaysia
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan-soalan itu.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terlebih dahulu memaklumkan orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bila mana mungkin, diubah ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan—
selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang pernyataan itu dibuat olehnya; dan
selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu.
Kebolehterimaan pernyataan dalam keterangan
Pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan—
jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang ternyata padanya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan seperti yang berikut atau perkataan yang seumpamanya:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak perlu berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu katakan, sama ada sebagai menjawab soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum sempat amaran diberikan kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas alasan dia tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu.
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh dengan kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya.
Lembaga Pembangunan Industri 53
Pembinaan Malaysia
Penjualan dan pelupusan bahan yang disita
bahan binaan itu adalah daripada jenis mudah rosak atau mutunya mudah merosot;
penjagaan bahan binaan itu melibatkan perbelanjaan dan kesusahan yang tidak munasabah;
terdapat kekurangan atau ketiadaan kemudahan yang mencukupi atau sesuai untuk menyimpan bahan binaan itu;
atau
bahan binaan itu dipercayai menyebabkan halangan atau bahaya kepada orang awam.
Walau apa pun subseksyen (1), jika juruanalisis memperakui, atau jika keputusan ujian sebagaimana yang diperakukan oleh juruanalisis membuktikan, bahawa bahan binaan yang diuji olehnya tidak berada dalam keadaan baik, pegawai diberi kuasa itu boleh menyimpannya dalam jagaan atau, jika tiada pendakwaan dimulakan berkenaan dengan bahan itu, menyebabkan bahan itu dilupuskan mengikut cara yang ditentukan oleh Pengerusi.
Bahan binaan yang disita, dsb., boleh dilucuthakkan
Mana-mana bahan binaan atau hasil jualannya, atau mana-mana kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen
54 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
berkomputer, barang atau benda lain yang dilucuthakkan atau diambil dan disifatkan telah dilucuthakkan di bawah Bahagian ini hendaklah menjadi harta Lembaga.
Pelepasan benda yang disita
Suatu rekod secara bertulis hendaklah dibuat oleh pegawai diberi kuasa yang melakukan pelepasan di bawah subseksyen (1)
yang menyatakan secara terperinci hal keadaan dan sebab bagi pelepasan itu dan suatu salinan rekod itu hendaklah dihantar kepada
Pendakwa Raya dan kepada Ketua Polis Negara dalam tempoh tujuh hari selepas pelepasan itu.
Kos memegang kelengkapan, dsb., yang disita
Jika apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya dipegang dalam jagaan Kerajaan atau Lembaga sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, kos bagi memegang dalam jagaan hendaklah, dalam hal mana-mana orang didapati bersalah atas sesuatu
Lembaga Pembangunan Industri 55
Pembinaan Malaysia kesalahan, menjadi suatu hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan hendaklah boleh didapatkan dengan sewajarnya.
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan
Tiada seorang pun boleh, dalam apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang disita dalam penjalanan atau berupa sebagai penjalanan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak mendapat kos prosiding itu atau apa-apa ganti rugi atau relief lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
Halangan
mengamang, melengahkan, merintangi, menyekat atau menghalang seseorang pegawai diberi kuasa dalam membuat apa-apa kemasukan yang dia berhak untuk membuatnya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturannya dalam pelaksanaan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;
memecahkan apa-apa lak yang telah diletakkan oleh seseorang pegawai diberi kuasa di mana-mana tempat;
tidak mematuhi mana-mana permintaan sah seseorang pegawai diberi kuasa dalam menjalankan kewajipannya di bawah Akta ini;
tidak, enggan atau abai untuk memberikan apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa; atau 56 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
tanpa alasan yang munasabah tidak menunjukkan apa-apa bahan binaan, kelengkapan, alatan, buku, rekod, dokumen, dokumen berkomputer, barang atau benda lain yang dikehendaki oleh seseorang pegawai diberi kuasa, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa polis
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada
Inspektor boleh menjalankan kesemua kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.
Kuasa tambahan
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud pelaksanaan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut:
menghendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen yang dipegang oleh kontraktor atau orang lain dan untuk meneliti, memeriksa dan memuat turun, membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya;
menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang berhubung dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;
membuat apa-apa siasatan sebagaimana yang perlu untuk memastikan sama ada peruntukan Akta ini telah dipatuhi.
Lembaga Pembangunan Industri 57
Pembinaan Malaysia
Bahagian X
Obligasi kerahsiaan
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan tatacara bagi pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan dan penggantungan, pembatalan, pengembalian semula atau penolakan pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan;
menetapkan cara, bentuk dan tatacara bagi pungutan levi;
58 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
menetapkan bentuk dan cara penyampaian mana-mana notis yang dikehendaki di bawah Akta ini;
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki bagi maksud
Akta ini;
menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan penentuan standard kemahiran dan kecekapan personel binaan;
menetapkan cara baginya dan terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 21;
mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini;
memperoleh, mendapatkan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan;
menetapkan mekanisme rayuan bagi mana-mana keputusan
Lembaga kepada
Menteri dan boleh memperuntukkan bahawa keputusan Menteri itu adalah muktamad dan konklusif;
menetapkan hal keadaan yang terpakai bagi mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tempoh peralihan apabila mula berkuatkuasanya mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
Lembaga Pembangunan Industri 59
Pembinaan Malaysia
mengawal selia dan menguatkuasakan standard dalam industri pembinaan termasuklah cara, bentuk dan tatacara;
menetapkan cara, bentuk, jenis dan gred yang berhubungan dengan pemerakuan bahan binaan dan buatan kerja binaan;
menetapkan syarat dan kehendak bagi perlaksanaan
Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan
Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Penjalanan pendakwaan
Mana-mana pegawai Lembaga yang diberi kuasa oleh
Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.
Kehadiran bagi pihak Lembaga dalam prosiding sivil
Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Lembaga—
mana-mana pegawai Lembaga atau mana-mana pegawai awam yang diberi kuasa oleh Pengerusi; atau 60 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
mana-mana anggota Badan Peguam Malaysia, boleh bagi pihak Lembaga, menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan semua kehadiran, perbuatan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.
Perlindungan kepada Lembaga, dsb.
Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948 [Akta 198]
hendaklah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap
Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dilakukan oleh Lembaga atau anggotanya, pegawainya, pekhidmatnya atau ejennya atas sifat itu.
Pengkompaunan kesalahan
Lembaga, dengan persetujuan Pendakwa Raya secara bertulis, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum dan dalam hal yang ada denda minimum, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum tetapi tidak
Lembaga Pembangunan Industri 61
Pembinaan Malaysia kurang daripada denda minimum yang diperuntukkan yang kepadanya orang itu bertanggungan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam surat tawaran bertulisnya.
Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.
Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang di bawah Bahagian IV Akta ini.
Penalti am
Mana-mana orang yang dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan melanggar mana-mana peruntukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya melakukan suatu kesalahan dan jika tiada penalti diperuntukkan dengan khususnya boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.
boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu; dan
jika pertubuhan perbadanan, firma, persatuan atau kumpulan orang lain itu didapati bersalah atas kesalahan itu, hendaklah disifatkan bersalah atas kesalahan itu melainkan jika, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan semua hal keadaan, dia membuktikan—
bahawa kesalahan itu dilakukan tanpa pengetahuannya, keizinannya atau pembiarannya; dan
bahawa dia telah mengambil segala langkah yang munasabah dan menjalankan usaha yang wajar untuk mengelak berlakunya kesalahan itu.
Jika mana-mana orang adalah bertanggungan di bawah Akta ini terhadap apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran mana-mana pekerjanya atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, kecuaian atau keingkaran sedemikian dilakukan—
Lembaga Pembangunan Industri 63
Pembinaan Malaysia
oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajiannya oleh ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu yang bertindak bagi pihak orang itu.
Kuasa untuk mengecualikan
Menteri boleh pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika Menteri berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi boleh diberikan.
Peruntukan peralihan dan kecualian
Mana-mana kontraktor yang menjalankan apa-apa kerja pembinaan menurut suatu kontrak yang disempurnakan sebelum
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
tarikh mula berkuat kuasanya Akta ini hendaklah dikecualikan daripada pembayaran apa-apa levi di bawah seksyen 34.
Lembaga Pembangunan Industri 65
Pembinaan Malaysia
JADUAL PERTAMA
[Subseksyen 5(2)]
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI LEMBAGA
Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan
1. (1) Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, seseorang anggota Lembaga hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi dua tahun dan adalah layak dilantik semula.
Pelantikan mana-mana anggota boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh
Menteri tanpa memberikan apa-apa sebab.
Seseorang anggota boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang dialamatkan kepada Menteri.
Tiap-tiap anggota hendaklah menumpukan masa kepada urusan Lembaga sebanyak yang perlu bagi menunaikan kewajipannya dengan berkesan.
Pengosongan jawatan
2. (1) Jawatan seseorang anggota Lembaga hendaklah menjadi kosong—
jika dia mati;
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan—
kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah atau di bawah seksyen 36; atau
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;
jika dia menjadi bankrap;
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya, tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
jika dia tidak menghadiri mesyuarat tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Lembaga;
jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau
jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.
Jika mana-mana orang terhenti menjadi anggota oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini, seorang lain hendaklah dilantik untuk menggantikannya mengikut peruntukan-peruntukan yang berkenaan.
Saraan atau elaun
3. Hendaklah dibayar kepada anggota Lembaga atau mana-mana orang lain (yang bukan pegawai atau pekhidmat Lembaga yang termasuk dalam peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan terma dan syarat perkhidmatan yang terpakai baginya)
apa-apa saraan atau elaun sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Mesyuarat
4. (1) Lembaga hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
Kuorum Lembaga ialah tujuh orang.
Tertakluk kepada peruntukan Akta ini, Lembaga hendaklah menentukan tatacaranya sendiri.
Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat
5. Lembaga boleh mengundang atau meminta mana-mana orang (yang bukan anggota Lembaga) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat atau pertimbangtelitian
Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi mana-mana orang yang hadir sedemikian tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau pertimbangtelitian itu.
Meterai perbadanan
6. (1) Lembaga hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh Lembaga.
Lembaga Pembangunan Industri 67
Pembinaan Malaysia
Sehingga suatu meterai diadakan oleh Lembaga, suatu cap yang mengandungi perkataan “Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia”
boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan Lembaga.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan Pengerusi atau mana-mana orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga, dan hendaklah disahkan oleh Pengerusi atau oleh orang yang diberi kuasa itu atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh salah seorang daripada mereka secara bertulis; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan sebagai telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan oleh Lembaga mengikut cara yang serupa; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak Lembaga oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Lembaga yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Lembaga bagi maksud itu.
Meterai perbadanan Lembaga hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Penzahiran kepentingan
7. Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau secara tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya apa-apa kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Lembaga bercadang hendak membuat suatu kontrak atau yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana kontrak itu atau dalam apa-apa perkara yang dibincangkan oleh Lembaga hendaklah menzahirkan hakikat dan jenis kepentingannya itu kepada Lembaga, dan penzahiran itu hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan, melainkan jika dibenarkan secara khusus oleh Pengerusi, anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian atau keputusan Lembaga yang berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.
Minit
8. (1) Lembaga hendaklah menyebabkan minit segala mesyuaratnya disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.
Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat
Lembaga, jika ditandatangani dengan sewajarnya, boleh diterima sebagai keterangan dalam semua prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya dan tiap-tiap mesyuarat Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah
68 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan semua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.
Kesahan perbuatan dan prosiding
9. Tiada apa-apa perbuatan yang dilakukan atau prosiding yang diambil di bawah
Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau ada apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;
ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota
Lembaga; atau
ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketidakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.
_____________
JADUAL KEDUA
[Subseksyen 24(2)]
PERUNTUKAN YANG TERPAKAI BAGI PERBADANAN
YANG DITUBUHKAN OLEH LEMBAGA
Kuasa Lembaga untuk membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan
1. Lembaga hendaklah, dengan kelulusan Menteri, pada atau sebelum tarikh apa-apa perbadanan ditubuhkan di bawah seksyen 24, membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan perbadanan itu yang menentukan—
maksud dan tujuan perbadanan itu ditubuhkan;
hak, kuasa, kewajipan dan fungsi perbadanan itu;
sistem pengurusan perbadanan itu; dan
hubungan antara perbadanan itu dengan Lembaga dan hak pengawalan Lembaga ke atas perbadanan itu.
Lembaga Pembangunan Industri 69
Pembinaan Malaysia
Batasan kuasa menubuhkan perbadanan
2. Tiada apa-apa jua dalam perenggan 1 boleh disifatkan sebagai memberi kuasa
Lembaga membuat peraturan-peraturan untuk menubuhkan apa-apa perbadanan bagi apa-apa maksud atau tujuan yang lebih luas bidangnya daripada maksud atau tujuan Lembaga itu ditubuhkan atau memberi mana-mana perbadanan apa-apa hak, kewajipan, kuasa atau fungsi yang tidak termasuk antara hak, kewajipan, kuasa atau fungsi Lembaga di bawah Akta ini.
Kuat kuasa peraturan-peraturan
3. Tertakluk kepada peruntukan Akta ini dan mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 37, sesuatu perbadanan hendaklah terikat dengan apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat berkenaan dengannya di bawah perenggan 1 dan peraturan-peraturan itu hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah peraturan-peraturan itu telah diperbuat dalam Akta ini.
Pindaan peraturan-peraturan
4. Lembaga boleh pada bila-bila masa, dengan kelulusan Menteri, meminda, membatalkan atau menambah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 berkenaan dengan mana-mana perbadanan.
Daftar perbadanan
5. Lembaga hendaklah menyimpan suatu daftar dalam bentuk yang ditetapkan mengenai semua perbadanan yang ditubuhkan olehnya di bawah seksyen 24 dan daftar itu, bersama dengan salinan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan 1 dan 4, hendaklah terbuka untuk pemeriksaan awam di tempat atau tempat-tempat dan pada bila-bila masa yang ditetapkan olehnya.
Penggulungan
6. (1) Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengarahkan supaya mana-mana perbadanan yang ditubuhkan olehnya digulung dan dibubarkan.
Apabila mana-mana perbadanan dibubarkan di bawah perenggan ini, aset perbadanan itu hendaklah berpindah dan terletak hak pada Lembaga setelah segala liabilitinya ditunaikan.
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
(3)
Penggulungan sesuatu perbadanan di bawah perenggan ini hendaklah dijalankan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh Lembaga.
Perbadanan hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
7. Tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan di bawah seksyen 24 adalah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan apa-apa nama yang diberikan oleh Lembaga dan hendaklah kekal turun-temurun, dan mempunyai suatu meterai perbadanan dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama itu dan, bagi maksud melaksanakan projek, skim atau perusahaan yang kerananya perbadanan itu telah ditubuhkan, boleh memasuki kontrak dan boleh memegang dan membuat apa-apa urusan berkenaan dengan apa-apa harta tak alih atau harta alih dan boleh melakukan segala perkara dan benda lain yang bersampingan atau berkaitan dengan sesuatu pertubuhan perbadanan yang selaras dengan peruntukan Akta ini dan dengan tertakluk kepada apa-apa sekatan atau batasan sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga dalam setiap hal.
Meterai perbadanan bagi perbadanan
8. (1) Tiap-tiap perbadanan hendaklah mempunyai suatu meterai perbadanan yang mengandungi apa-apa tanda yang diluluskan oleh perbadanan dengan kelulusan
Lembaga dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecahkan, ditukar, diubah atau dibuat baharu sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan dengan kelulusan Lembaga.
Sehingga suatu meterai diadakan oleh perbadanan, suatu cap yang mengandungi nama perbadanan melingkungi huruf “LPIPM” boleh digunakan dan hendaklah disifatkan sebagai meterai perbadanan bagi perbadanan itu.
Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan orang yang diberi kuasa oleh perbadanan dan hendaklah disahkan oleh orang itu; dan semua surat ikatan, dokumen dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai itu, disahkan sebagaimana yang disebutkan terdahulu, hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya:
Dengan syarat bahawa apa-apa dokumen atau surat cara yang jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh disempurnakan dengan cara yang serupa oleh perbadanan; dan mana-mana dokumen atau surat cara itu boleh disempurnakan bagi pihak perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh perbadanan bagi maksud itu.
Meterai perbadanan bagi tiap-tiap perbadanan hendaklah diberikan pengiktirafan rasmi dan kehakiman.
Lembaga Pembangunan Industri 71
Pembinaan Malaysia
JADUAL KETIGA
[Seksyen 2 and subseksyen 33A(2)]
PEKERJA BINAAN MAHIR
1.
Jurubagas dan jurucat 2.
Pakar penyaman udara dan pengudaraan mekanikal 3.
Pemasang dinding 4.
Pemasang siling 5.
Jurugegas petrokimia 6.
Pemasang kekuda bumbung 7.
Pemasang konkrit pratuang 8.
Pemasang sistem acuan 9.
Pemasang sistem blok 10.
Pembengkok bar 11.
Pendawai 12.
Penerap bata 13.
Pengendali jentera 14.
Pengendali kren 15.
Penjaga jentera 16.
Penyambung kabel 17.
Juruambin dan jururig 18.
Tukang cat 19.
Pemasang jubin 20.
Tukang kayu 21.
Jurukimpal 22.
Pengkonkrit 23.
Tukang plaster 24.
Tukang paip 25.
Tukang perancah
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
JADUAL KEEMPAT
[Subseksyen 33C(1)]
STANDARD BAGI PEMERAKUAN BAHAN BINAAN
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
1.
2.
3.
4.
Peralatan kebersihan
Sink cuci tangan seramik
Mangkuk tandas seramik tanpa tangki pam
Mangkuk tandas seramik dengan tangki pam
Bidet dan tempat buang air kecil seramik
(lantai-lekap atau dinding-lekap)
Tangki pam seramik dilengkapi dengan mekanisme (ganding tertutup, paras sederhana, paras tinggi atau tersembunyi)
Tangki pam seramik tidak dilengkapi dengan mekanisme (ganding tertutup, paras sederhana, paras tinggi atau tersembunyi)
Tangki pam plastik dilengkapi dengan mekanisme (ganding tertutup, paras sederhana, paras tinggi atau tersembunyi)
Jubin seramik berkaca dan tidak berkaca
Paip seramik dan pamasangan paip
Simen
Simen Portland
Simen
Portland putih daripada
MS 2578
MS 1522
MS 1522
MS 795: Bahagian 1 hingga 3
MS 1799
MS 795: Bahagian 1 hingga 3
MS 795: Bahagian 1 hingga 3
MS ISO 13006
MS 1061:Bahagian 1 hingga 3
MS 888
Lembaga Pembangunan Industri 73
Pembinaan Malaysia
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
5.
6.
7.
8.
semua jenis
Simen Portland lain daripada semua jenis
Simen alumina
Simen hidraulik lain
Simen batu
Sistem kekuda bumbung kayu siap dulu
Cerucuk konkrit pra-tuang bagi tapak
Bahan penebatan
Benang hampas, wul batuan dan wul mineral serupa (termasuk campuran antaranya)
dalam bentuk pukal, kepingan atau gulungan
Kepingan nipis (voil), web, tikar, tilam, papan dan produk tanpa tenun serupa, daripada kaca gentian
Gentian kaca (termasuk wul)
Kaca
Kaca apung jernih, tidak berdawai, atau tidak berwarna bagi keseluruhan jisim, selain bentuk segi empat sama atau segi empat tepat (termasuk yang mempunyai satu, dua, tiga atau empat potongan bucu)
Kaca apung berwarna sedikit, berwarna bagi keseluruhan jisim (berwarna sedikit pada badan), dilegapkan, dipancarkan, atau hanya dicanai permukaan, selain
MS EN 197: Bahagian 1 dan 2
BS 915
BS EN 14647
MS EN 197: Bahagian 1 dan 2
MS EN 413: Bahagian 1 dan 2
CIS 5
MS 1314: Bahagian 1 hingga 7
MS 1135
MS 1135
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
9.
10.
11.
kaca optik
Kaca bersalut
Kaca keselamatan
Kepingan rata simen gentian yang tidak mengandungi asbestos
Sawar sinaran (kerajang penebatan terma)
Produk besi dan keluli
Kepingan atau plat keluli karbon digelek panas
Gegelung, kepingan atau plat keluli digelek panas
Gegelung, kepingan atau plat bercorak digelek panas
Gegelung atau kepingan keluli bersalut
Gegelung atau kepingan yang disadur atau disalut secara elektrolitik dengan zink
Profil keluli karbon bersalut zink bercelup panas.
Selainnya, disadur atau disalut dengan zink.
*Hanya dalam kepingan
Gegelung/kepingan keluli karbon bersalut zink bercelup panas.
Selainnya, disadur atau disalut dengan zink.
Profil bersalut aloi aluminium-zink celup panas berterusan.
Bersadur atau bersalut dengan aloi
MS 2397
MS 1498
MS 1296
MS 2095
MS EN 10025: Bahagian 2
MS 1705
MS 1768
ASTM A786
MS EN 10025: Bahagian 2
MS 2543
*MS 2500
(Profil)
MS 2384
MS 2385
*MS 2500
(Profil)
Lembaga Pembangunan Industri 75
Pembinaan Malaysia
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga aluminium-zink.
*Hanya dalam kepingan
Gegelung/kepingan bersalut aloi aluminium-zink celup panas berterusan.
Bersadur atau bersalut dengan aloi aluminium-zink.
*Hanya dalam kepingan
Bercat, bervarnis atau bersalut dengan plastik
Bumbung berprofil genting bersadur atau bersalut
Paip dan tiub
Paip keluli karbon selanjar
Paip keluli karbon terkimpal
Keratan rentas bulat, keratan rentas tidak bulat, keratan rentas segi empat sama atau segi empat tepat.
Selainnya, keratan rentas tidak bulat
Struktur, besi tuangan dan barang lain
Jambatan dan keratan jambatan
Menara dan tiang kekisi
JIS G 3317
JIS G 3323
MS 1196
AS 1397
MS 2383
JIS G 3318
MS 2500
(Steps)
API 5L
MS ISO 3183
MS 61386: Bahagian 21
BS 31
MS 863
MS 1862
EN 10219: Bahagian 1
EN 10210: Bahagian 1
JIS G 3444
EN 39
SPAN TS21827: Bahagian 1
SPAN TS21827: Bahagian 2
API 5L
MS ISO 3183
MS 2381
MS EN 10025: Bahagian 2
MS EN 10025: Bahagian 2
76 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
Perancah
Cerucuk kepingan beralun bentuk sejuk
Cerucuk galas – sudut, bentuk dan keratan
Rel adang
Struktur siap
Landasan kereta api
Keratan keluli tolok ringan
Sesiku sama, bentuk dan keratan U,
I, L, T atau H
Rod dawai, bar dan dawai
Bentuk gegelung
Bar tetulang keluli tergelek panas
Rod dawai keluli
Bar bulat dalam gegelung
Dawai, lembar dan tali
Jaring dawai untuk pembinaan
Bentuk lurus
MS 1462: Bahagian 1 hingga 4
MS 2025: Bahagian 1
MS 2025: Bahagian 2
MS EN 10025: Bahagian 2
AASHTO M-180
BS EN ISO- 1461
MS EN 10025: Bahagian 2
JIS E 1101
DIN 536
BS EN 13674
MS EN 10025: Bahagian 2
MS EN 10025: Bahagian 2
MS 146
MS ISO 16120: Bahagian 1
MS ISO 16120: Bahagian 2
MS ISO 16120: Bahagian 3
MS ISO 16120: Bahagian 4
MS 1138: Bahagian 2
MS 1138: Bahagian 3
MS 1138: Bahagian 4
MS ISO 4344
MS ISO 2408
MS 145
Lembaga Pembangunan Industri 77
Pembinaan Malaysia
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
Keluli karbon untuk kegunaan berstruktur
Keluli karbon untuk kegunaan mesin berstruktur
(palang datar)
Bar tetulang keluli digelek panas
Bar bulat
Produk keluli tahan karat
Paip keluli tahan karat selanjar, berkimpal untuk tujuan pembinaan
Paip keluli tahan karat selanjar, berkimpal untuk penghantaran air
Tiub keluli tahan karat nipis untuk perpaipan biasa
Keluli tahan karat-bersudut, berbentuk dan berkeratan rentas
Selongsong dan tetiub daripada jenis yang digunakan dalam penggerudian untuk minyak dan gas
Produk keluli aloi
Plat dan gegelung keluli aloi tergelek panas
Sesiku sama, bentuk dan keratan U,
I, L, T atau H
MS EN 10025: Bahagian 2
MS 146
MS 1841
ASTM A554
MS 1988
BS EN 10312
ASTM A 312
JIS G 3448
JIS G 3448
MS 2240: Bahagian 2
MS EN 10025: Bahagian 6
MS EN 10025: Bahagian 5
MS EN 10025: Bahagian 6
78 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Jenis bahan binaan
Standard yang diluluskan oleh
Lembaga
12.
13.
Produk besi tuangan
Besi tuangan tidak boleh tempa–
penutup lurang
Tiub, paip dan profil berongga
Aluminium
Plat, kepingan dan jalur aluminium dengan ketebalan melebihi 0.2 mm, sama ada beraloi atau tidak
Kerajang aluminium dengan ketebalan tidak melebihi 0.2
mm, tidak berbelakang: digelek sahaja, tetapi tidak selanjutnya
Plat, kepingan dan jalur aluminium
Struktur aluminium
Panel komposit aluminium untuk dinding luar dan dalam
Aluminium dan aloi aluminium–
kepingan dan jalur bersalut gegelung untuk kegunaan am
Aluminium dan aloi aluminium untuk bentuk semperit
Konkrit siap campur
BS EN 124
MS 1919
BS EN 598
ISO 6594
MS 2040
MS 1848
MS 2040
MS 832
MS 1017
MS 2571
MS EN 1396
MS 2289
MS 523: Bahagian 1 hingga 3
CIS 21
*Catatan: Edisi terkini bagi spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh badan akreditasi berkaitan adalah terpakai.
79
Akta 520
SENARAI PINDAAN
Undang-undang Tajuk ringkas Berkuat kuasa yang meminda dari
P.U. (A) 274/1999
Perintah Lembaga Pembangunan 01-07-1999
Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan Jadual Ketiga) 1999
Akta A1407
Akta Lembaga Pembangunan Industri 01-06-2015
Pembinaan Malaysia (Pindaan) 2011
P.U. (A) 302/2016
Perintah Lembaga Pembangunan 01-12-2016
Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan Jadual Keempat) 2016
P.U. (A) 49/2017
Perintah Lembaga Pembangunan 10-02-2017
Industri Pembinaan Malaysia
(Pindaan Jadual Ketiga) 2017
_________________
80
Akta 520
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
2
Akta A1407
01-06-2015
3
Akta A1407
01-06-2015
4
Akta A1407
01-06-2015
11
Akta A1407
01-06-2015
15
Akta A1407
01-06-2015
20-24
Akta A1407 01-06-2015
Tajuk Bahagian VI
Akta A1407
01-06-2015
25
Akta A1407
01-06-2015
25A
Akta A1407
01-06-2015
26
Akta A1407
01-06-2015
27
Akta A1407
01-06-2015
29 - 31
Akta A1407
01-06-2015
Bahagian VII
Akta A1407
01-06-2015
32
Akta A1407
01-06-2015
33
Akta A1407
01-06-2015
Lembaga Pembangunan Industri 81
Pembinaan Malaysia
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
33A
Akta A1407
01-06-2015
33B
Akta A1407
01-06-2015
Bahagian VIIA
Akta A1407
01-06-2015
33C
Akta A1407
01-06-2015
33D
Akta A1407
01-06-2015
33E
Akta A1407
01-06-2015
33F
Akta A1407
01-06-2015
34
Akta A1407
01-06-2015
34A
Akta A1407
01-06-2015
Bahagian VIIIA Akta A1407 01-06-2015
34B
Akta A1407
01-06-2015
34C
Akta A1407
01-06-2015
34D
Akta A1407
01-06-2015
34E
Akta A1407
01-06-2015
Bahagian IX Akta A1407 01-06-2015
35
Akta A1407
01-06-2015
35A - 35W
Akta A1407
01-06-2015
37 - 38 Akta A1407 01-06-2015
38A - 38C Akta A1407 01-06-2015
39A Akta A1407 01-06-2015
40 Akta A1407 01-06-2015
82 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
Seksyen Kuasa meminda Berkuat kuasa dari
Jadual Ketiga P.U. (A) 274/1999 01-07-1999
Akta A1407 01-06-2015
P.U. (A) 49/2017 10-02-2017
Jadual Keempat Akta A1407 01-06-2015
P.U. (A) 302/2016
01-12-2016
_____________