Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 2

(a)

mana-mana bangunan, binaan, bangunan besar, struktur, dinding, pagar atau cerobong, sama ada dibina keseluruhannya atau sebahagiannya di atas atau di bawah paras bumi;

(b)

mana-mana jalan, kerja pelabuhan, landasan kereta api, laluan kabel, terusan atau lapangan terbang kecil;

(c)

apa-apa kerja saliran, tali air atau kerja pengawalan sungai;

(d)

apa-apa kerja elektrik, mekanikal, air, gas, petrokimia atau telekomunikasi; atau

(e)

mana-mana jambatan, jejambat, empangan, takungan, kerja tanah, talian paip, salur najis, akueduk, pembetung, pemacu, syaf, terowong atau kerja penebusgunaan, dan termasuklah—

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(A)

apa-apa kerja yang membentuk bahagian yang penting dan perlu atau sebagai persediaan atau sementara bagi kerja-kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e), termasuk pembersihan tapak, penyelidikan dan pembaikan tanah, pemindahan tanah, penggalian, peletakan batu asas, pemulihan dan landskap tapak; atau

(B)

pemerolehan bahan binaan, kelengkapan atau pekerja, yang semestinya dikehendaki bagi mana-mana kerja yang diperihalkan dalam perenggan (a) hingga (e);

“Ketua Eksekutif” ertinya Ketua Eksekutif yang dilantik di bawah seksyen 11;

“kod amalan” ertinya mana-mana kod, garis panduan, standard, kaedah, spesifikasi atau amalan yang diluluskan oleh Lembaga;

“kontraktor” ertinya seseorang yang menjalankan atau menyiapkan atau mengaku janji untuk menjalankan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan;

“kontraktor berdaftar” ertinya seseorang kontraktor yang berdaftar mengikut Akta ini;

“Kumpulan Wang” ertinya kumpulan wang yang ditubuhkan di bawah seksyen 15;

“latihan” termasuklah menyediakan atau menjalani proses tertentu untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan seseorang berhubung dengan industri pembinaan;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan

Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perkara yang berhubungan dengan kerja raya;

“pegawai diberi kuasa” ertinya—

Lembaga Pembangunan Industri 13

Pembinaan Malaysia

(a)

seorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 35; atau

(b)

seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor di bawah seksyen 35V;

“pekerja binaan am” ertinya mana-mana pekerja atau golongan pekerja yang tidak mahir dan yang diambil bagi kerja manual;

“pekerja binaan mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh

Lembaga dan yang disenaraikan dalam Jadual Ketiga;

“pekerja binaan separa mahir” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan, kelayakan dan pengalaman yang diterima bagi satu tred atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

“pemerakuan” ertinya suatu tatacara yang dengannya Lembaga atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga memberikan jaminan bertulis bahawa sesuatu proses, amalan atau perkhidmatan mematuhi kehendak yang tertentu;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;

“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai Lembaga yang memegang jawatan yang setara dengan Gred 41 ke atas dalam perkhidmatan

Kerajaan;

“pengurus projek binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima sebagaimana yang ditentukan dan yang ditugaskan kepada tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk mengatur, merancang, mengawal dan menyelaraskan kerja pembinaan dari awal hingga selesai;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

“penyelia tapak binaan” ertinya mana-mana pekerja yang memiliki tahap kemahiran, pengetahuan dan pengalaman yang diterima yang ditugaskan kepada suatu tapak pembinaan atau mana-mana tempat lain yang sedemikian untuk menyelia kerja pembinaan;

“personel binaan” ertinya—

(a)

pekerja binaan am;

(b)

pekerja binaan separa mahir;

(c)

pekerja binaan mahir;

(d)

penyelia tapak binaan;

(e)

pengurus projek binaan; dan

(f)

mana-mana pekerja lain dalam industri pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

“personel binaan berdaftar” ertinya seseorang personel binaan yang berdaftar atau diperakukan mengikut Akta ini;

“Sistem Binaan Berindustri atau SBB” ertinya teknik pembinaan yang dengannya komponen dibuat dalam persekitaran yang terkawal, sama ada di tapak atau luar tapak dan seterusnya dibawa, ditempatkan dan dipasangkan ke dalam kerja pembinaan;

“standard” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepadanya dalam Akta Standard Malaysia 1996 [Akta 549] dan Akta

Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 [Akta 652]; dan

“syarikat” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “perbadanan” di bawah subsekyen 4(1) Akta Syarikat 1965

[Akta 125].

CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

m.b.p. 31 Januari 2017.

Lembaga Pembangunan Industri 15

Pembinaan Malaysia

(2)

Bagi maksud Akta ini, mana-mana orang yang telah diawardkan atau telah menyempurnakan apa-apa kontrak bagi kerja pembinaan, atau telah mengaku janji untuk menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan, atau telah menjalankan, menguruskan atau menyiapkan apa-apa kerja pembinaan hendaklah disifatkan sebagai seorang kontraktor melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Section 2 — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994