Malaysia legislation

Section 34

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 34

(2)

Bagi tiap-tiap kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), sama ada disetemkan atau tidak, yang mempunyai jumlah kontrak yang melebihi lima ratus ribu ringgit, kontraktor hendaklah bertanggungan untuk membayar kepada Lembaga suatu levi pada kadar suku peratus daripada jumlah kontrak itu.

(3)

Tiap-tiap kontraktor hendaklah menzahirkan sepenuhnya kepada Lembaga semua fakta dan hal keadaan yang menyentuh liabilitinya untuk membayar levi itu.

(4)

Lembaga hendaklah memberitahu kontraktor amaun levi yang kena dibayar dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga dan pemberitahuan oleh Lembaga itu hendaklah menjadi keterangan prima facie tentang amaun levi yang kena dibayar oleh kontraktor.

(5)

Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah kadar levi yang dinyatakan dalam subseksyen (2).

(6)

Dalam keadaan apabila terdapat lebih daripada seorang kontraktor yang merupakan pihak kepada suatu kontrak yang disebut dalam subseksyen (1), setiap dan tiap-tiap kontraktor itu adalah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar levi itu, melainkan jika dibuktikan sebaliknya sehingga memuaskan hati

Lembaga.

(7)

Jika Lembaga mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana syarat dalam mana-mana kontrak yang disebut dalam subseksyen (1) mempunyai kesan secara langsung atau tidak langsung yang—

(a)

mengubah jumlah kontrak yang dikenakan levi yang kena dibayar atau yang jika tidak kerana itu akan menjadi kena dibayar;

(b)

melepaskan mana-mana orang daripada apa-apa liabiliti yang telah timbul atau yang jika tidak kerana itu akan timbul untuk membayar levi itu;

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(c)

menghindari atau mengelakkan daripada apa-apa kewajipan atau liabiliti yang dikenakan atau yang jika tidak kerana itu akan dikenakan ke atas mana-mana orang oleh Akta ini;

atau

(d)

menghalang atau mencegah kuat kuasa Akta ini dalam mana-mana hal,

Lembaga boleh, tanpa menjejaskan kesahan yang dipunyainya dalam apa-apa hal lain atau bagi apa-apa maksud, untuk tidak mengambil kira atau untuk mengubah syarat itu dan membuat apa-apa penyesuaian sebagaimana yang difikirkannya patut, dengan tujuan untuk mengurangkan keseluruhan atau mana-mana bahagian kesan langsung atau tidak langsung syarat sedemikian dalam kontrak itu.

(8)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (7),

Lembaga boleh—

(a)

menganggap nilai keseluruhan mana-mana kerja pembinaan atau mana-mana bahagian daripadanya sebagai nilai bagi jumlah kontrak;

(b)

membuat apa-apa pengiraan atau pindaan mengenai apa-apa nilai mana-mana kerja pembinaan atau kontrak sebagaimana yang perlu untuk menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya; dan

(c)

membuat apa-apa pindaan sebagaimana yang perlu bagi menyemak semula liabiliti mana-mana orang untuk membayar levi atau mengenakan apa-apa liabiliti untuk membayar levi ke atas mana-mana orang mengikut penjalanan kuasa itu olehnya.

(9)

Jika seseorang kontraktor tidak membayar apa-apa levi yang kena dibayar dalam tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga, kontraktor itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau empat

Lembaga Pembangunan Industri 39

Pembinaan Malaysia kali ganda amaun levi yang kena dibayar itu, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(10)

Seseorang kontraktor yang melanggar subseksyen (1) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

Levi kena dibayar sebagai hutang sivil yang kena dibayar kepada

Lembaga

Section 34 — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994