Malaysia legislation

Section 34C

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 34C

(a)

mengambil orang yang berkelayakan atau pakar untuk menjalankan apa-apa penyiasatan dan ujian sebagaimana yang perlu dan untuk menasihati Lembaga tentang semua perkara yang berhubungan dengan keselamatan bangunan yang berkenaan dengannya kerja pembinaan sedang dijalankan atau telah dijalankan;

(b)

mengenakan ke atas kontraktor itu, semua atau mana-mana arahan dalam subseksyen (2);

Lembaga Pembangunan Industri 41

Pembinaan Malaysia

(c)

mengenakan penalti yang tidak melebihi lima ratus ribu ringgit ke atas kontraktor itu.

(2)

Lembaga boleh, bagi maksud keselamatan awam atau mencegah apa-apa situasi yang disebut dalam subseksyen 34B(2), mengeluarkan suatu arahan bertulis kepada kontraktor kerja pembinaan itu, supaya kontraktor itu—

(a)

serta-merta menghentikan kerja pembinaan itu;

(b)

menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa pemeriksaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(c)

menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan dengan kos kepada kontraktor apa-apa kerja pembinaan sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga;

(d)

memusnahkan atau menyebabkan supaya dimusnahkan dengan kos kepada kontraktor bangunan yang cacat, atau apa-apa kegagalan atau kejadian lain yang berlaku yang berkenaan dengannya kerja pembinaan itu sedang dijalankan atau telah dijalankan atau mana-mana bahagian daripadanya, dan mengalihkan apa-apa sisa runtuhan akibat pemusnahan itu; atau

(e)

membatalkan atau menggantung pendaftaran kontraktor itu yang diberikan di bawah Akta ini.

(3)

Jika mana-mana kontraktor tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga di bawah seksyen ini dalam masa yang dinyatakan, Lembaga boleh menjalankan arahan itu mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Lembaga dan mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai hutang yang kena dibayar kepada Lembaga, semua perbelanjaan yang dilakukan dengan munasabah oleh Lembaga dalam berbuat demikian daripada kontraktor itu.

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(4)

Tanpa menjejaskan hak Lembaga untuk menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (3), mana-mana kontraktor yang tanpa alasan yang munasabah, tidak mematuhi mana-mana arahan yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit dan berkenaan dengan ketidakpatuhan yang berterusan, dikenakan denda tambahan tidak melebihi sepuluh ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari yang kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

(5)

Mana-mana kontraktor yang kepadanya suatu arahan di bawah subseksyen (2) telah dikeluarkan, semasa arahan itu berkuat kuasa, hendaklah mempamerkan suatu salinan arahan itu pada tiap-tiap pintu masuk bangunan yang dengannya arahan itu berhubungan, dan salinan itu hendaklah dipamerkan dengan cara yang boleh dibaca dengan mudah oleh orang di luar bangunan itu.

(6)

Mana-mana kontraktor yang melanggar subseksyen (5)

melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

(7)

Lembaga boleh memerintahkan kontraktor kerja pembinaan yang dinyatakan dalam subseksyen (1) untuk membayar atau membayar balik kepada Lembaga, keseluruhan atau sebahagian daripada perbelanjaan yang dilakukan oleh Lembaga bagi pengambilan orang yang berkelayakan atau pakar di bawah perenggan (1)(a) dan sekiranya kontraktor tidak membayar amaun yang kena dibayar itu, Lembaga boleh mendapatkan dalam mahkamah yang berbidang kuasa berwibawa, sebagai suatu hutang yang kena dibayar kepada Lembaga, sekian banyak amaun yang kena dibayar oleh kontraktor itu.

Kematian yang disebabkan oleh pelanggaran kewajipan oleh kontraktor

Section 34C — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994