Malaysia legislation
Section 35O
of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
Seksyen 35O
(2)
Pernyataan yang dibuat di bawah subseksyen (1) tidak boleh diterima atau digunakan—
(a)
jika pembuatan pernyataan itu ternyata pada mahkamah telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ugutan atau janji yang berkaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datang daripada orang yang berkuasa dan mencukupi, pada pendapat mahkamah itu, untuk memberi orang itu alasan yang ternyata padanya munasabah untuk menjangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan mendapat apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa durjana keduniaan berkaitan dengan prosiding terhadapnya; atau
(b)
dalam hal sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dengan perkataan seperti yang berikut atau perkataan yang seumpamanya:
“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberikan amaran kepada kamu bahawa kamu tidak perlu berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa yang kamu katakan, sama ada sebagai menjawab soalan atau tidak, boleh diberikan sebagai keterangan.”.
(3)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang sebelum sempat amaran diberikan kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh diterima sebagai keterangan hanya atas alasan dia tidak diberi amaran jika dia telah diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin selepas itu.
(4)
Walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dipertuduh dengan kesalahan yang baginya subseksyen (1) terpakai tidaklah terikat untuk menjawab apa-apa soalan yang berhubungan dengan kes itu selepas apa-apa amaran sebagaimana yang disebut dalam perenggan (2)(b) telah diberikan kepadanya.
Lembaga Pembangunan Industri 53
Pembinaan Malaysia
Penjualan dan pelupusan bahan yang disita