Malaysia legislation

Section 37

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 37

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—

(a)

menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan tatacara bagi pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan dan penggantungan, pembatalan, pengembalian semula atau penolakan pendaftaran, akreditasi atau pemerakuan kontraktor dan personel binaan;

(b)

menetapkan cara, bentuk dan tatacara bagi pungutan levi;

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 520

(c)

menetapkan bentuk dan cara penyampaian mana-mana notis yang dikehendaki di bawah Akta ini;

(d)

menetapkan fi dan caj yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perkara yang dikehendaki bagi maksud

Akta ini;

(e)

menetapkan syarat, cara, bentuk, jenis, gred dan penentuan standard kemahiran dan kecekapan personel binaan;

(f)

menetapkan tanggungjawab dan kawalan anggota, pegawai dan pekhidmat Lembaga;

(g)

menetapkan cara baginya dan terma dan syarat yang atasnya pinjaman boleh diberikan oleh Lembaga di bawah seksyen 21;

(h)

mengadakan peruntukan pada amnya mengenai pelaksanaan fungsi, penjalanan kuasa dan penunaian kewajipan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini;

(i)

menetapkan bentuk, kaedah dan tatacara bagi pengkompaunan kesalahan;

(j)

memperoleh, mendapatkan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan;

(k)

menetapkan mekanisme rayuan bagi mana-mana keputusan

Lembaga kepada

Menteri dan boleh memperuntukkan bahawa keputusan Menteri itu adalah muktamad dan konklusif;

(l)

menetapkan hal keadaan yang terpakai bagi mana-mana orang berkenaan dengan apa-apa tempoh peralihan apabila mula berkuatkuasanya mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Lembaga Pembangunan Industri 59

Pembinaan Malaysia

(m)

mengawal selia dan menguatkuasakan standard dalam industri pembinaan termasuklah cara, bentuk dan tatacara;

(n)

menetapkan cara, bentuk, jenis dan gred yang berhubungan dengan pemerakuan bahan binaan dan buatan kerja binaan;

(o)

menetapkan syarat dan kehendak bagi perlaksanaan

Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan

(p)

apa-apa perkara lain secara amnya untuk menguatkuasakan peruntukan Akta ini.

(3)

Mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (2) boleh memperuntukkan bahawa apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar mana-mana peraturan-peraturan itu menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Penjalanan pendakwaan

Section 37 — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994