Malaysia legislation

Section 38C

of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994

Seksyen 38C

(2)

Lembaga, dengan persetujuan Pendakwa Raya secara bertulis, boleh pada bila-bila masa sebelum suatu pertuduhan dimulakan mengkompaun mana-mana kesalahan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) sebagai suatu kesalahan yang boleh dikompaun dengan menerima daripada orang yang disyaki dengan munasabah telah melakukan kesalahan itu suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum dan dalam hal yang ada denda minimum, suatu jumlah wang yang tidak melebihi lima puluh peratus daripada denda maksimum tetapi tidak

Lembaga Pembangunan Industri 61

Pembinaan Malaysia kurang daripada denda minimum yang diperuntukkan yang kepadanya orang itu bertanggungan jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu, dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam surat tawaran bertulisnya.

(3)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (2) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan bagi kesalahan itu dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu, atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Lembaga, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(4)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (2), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat, dan apa-apa dokumen atau benda yang telah disita yang berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan oleh Lembaga, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(5)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Lembaga di bawah subseksyen (2) hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang di bawah Bahagian IV Akta ini.

Penalti am

Section 38C — LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA ACT 1994