Malaysia legislation
Section 4
of *AKTA LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA 1994
Seksyen 4
Fungsi Lembaga
(a)
memajukan dan merangsang pembangunan, pembaikan dan pengembangan industri pembinaan;
16 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
(b)
menasihati dan membuat syor kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai perkara yang menyentuh atau berkaitan dengan industri pembinaan;
(c)
memajukan, merangsang dan mengusahakan penyelidikan mengenai apa-apa perkara yang berhubungan dengan industri pembinaan;
(d)
memajukan, merangsang dan membantu dalam pengeksportan perkhidmatan berhubungan dengan industri pembinaan;
(e)
mengadakan perkhidmatan perundingan dan nasihat berkenaan dengan industri pembinaan;
(f)
memajukan dan menggalakkan jaminan kualiti dalam industri pembinaan;
(g)
mengawal selia pematuhan standard bagi buatan kerja binaan dan bahan binaan;
(h)
mendapatkan, menyiarkan, memulakan dan menyenggarakan maklumat yang berhubungan dengan industri pembinaan termasuklah penubuhan sistem maklumat industri pembinaan;
(i)
mengadakan, memajukan, mengkaji semula dan menyelaraskan latihan dalam industri pembinaan;
(j)
mendaftar dan mengakreditasi kontraktor, mengenakan apa-apa syarat pendaftaran dan akreditasi kontraktor dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran dan akreditasi kontraktor itu;
(k)
mendaftar, mengakreditasi dan memperakukan personel binaan dan membatalkan, menggantung atau mengembalikan semula pendaftaran, akreditasi dan pemerakuan personel binaan itu;
Lembaga Pembangunan Industri 17
Pembinaan Malaysia
(l)
mengawal selia pelaksanaan bagi kerja pembinaan yang berkualiti dan selamat;
(m)
mengawal selia pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri dalam industri pembinaan; dan
(n)
menguruskan apa-apa aduan atau laporan yang dibuat berkenaan dengan apa-apa kegagalan kerja pembinaan atau kerja pembinaan yang telah siap yang menyentuh keselamatan awam dan mengambil tindakan yang sesuai untuk menanganinya.
(2)
Lembaga mempunyai kuasa untuk melakukan segala perkara yang suai manfaat atau yang semunasabahnya perlu bagi, atau bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya dan, khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan makna yang tersebut di atas—
(a)
menjalankan segala aktiviti, khususnya aktiviti yang berhubungan dengan industri pembinaan, yang penjalanannya didapati oleh Lembaga adalah perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan pelaksanaan fungsinya;
(b)
memberikan pengiktirafan rasmi dan jaminan bertulis termasuk mengawardkan perakuan bagi maksud pemerakuan;
(c)
dengan kelulusan Menteri dan Menteri Kewangan—
(i)
membuat apa-apa perkongsian, usaha sama, program penswastaan, skim, perusahaan, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bagi perkongsian keuntungan atau menjalankan aktivitinya secara bersekutu dengan, atau selainnya, mana-mana orang, pihak berkuasa awam atau
Kerajaan;
18 Undang-Undang Malaysia AKTA 520
(ii)
memperoleh syer atau sekuriti dalam mana-mana pihak berkuasa awam, perbadanan atau badan lain dan melupuskan atau memegang syer atau sekuriti itu;
(iii)
menubuhkan suatu perbadanan dengan nama yang difikirkan patut oleh Lembaga untuk menjalankan dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Lembaga;
(iv)
menubuhkan atau memajukan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 dan menjalankan atau mengambil dan mempunyai jagaan, pengelolaan dan pengurusan ke atas mana-mana projek, skim atau perusahaan yang telah dirancang atau diusahakan oleh Lembaga sama ada di bawah kawalan atau sebahagian kawalan Lembaga;
(d)
mengadakan bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman atau selainnya kepada orang yang terlibat dalam industri pembinaan bagi maksud menggalakkan industri tersebut dan mengadakan apa-apa jaminan bagi pihak mereka;
(e)
menugaskan mana-mana orang atau badan untuk menjalankan penyelidikan atau pembangunan, atau kedua-duanya, berhubungan dengan industri pembinaan;
(f)
mengenakan fi atau apa-apa caj lain yang difikirkannya patut untuk melaksanakan mana-mana fungsi atau kuasanya;
(g)
menerima atau membayar sebagai balasan bagi apa-apa perkhidmatan yang diberikan olehnya atau mana-mana orang yang memberikan perkhidmatan itu, apa-apa komisen
CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]
m.b.p. 31 Januari 2017.
Lembaga Pembangunan Industri 19
Pembinaan Malaysia atau pembayaran sebagaimana yang dipersetujui dengan mana-mana orang; dan
(h)
melakukan apa-apa benda lain yang difikirkannya patut untuk membolehkannya menjalankan fungsi dan kuasanya dengan berkesan.
(3)
Jadual Kedua terpakai bagi tiap-tiap perbadanan yang ditubuhkan oleh Lembaga di bawah subperenggan (2)(c)(iii).
(4)
Tertakluk kepada seksyen 7, menjadi tanggungjawab
Lembaga dalam melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini untuk memastikan bahawa fungsi itu dilaksanakan mengikut apa-apa cara yang akan menjayakan dasar Kerajaan yang sedang berkuat kuasa dan khususnya dasar yang berhubungan dengan industri pembinaan.
Keanggotaan Lembaga