Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peruntukan Akta 410 yang terpakai bagi pinjaman
(a)
seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji berkenaan dengan wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank Pembangunan Asia); dan
(b)
setakat yang berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara lain, mana-mana jaminan atau aku janji tersebut) kecuali bahawa perkataan "1950" dalam subseksyen 12(5) hendaklah digantikan dengan perkataan "1960", hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu peminjaman daripada Bank itu oleh syarikat yang bernama Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun dalam erti Akta itu, dan peminjaman itu adalah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu.
(2)
Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Kerajaan menurut subseksyen (1), maka Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, bermula dari persidangan Dewan Rakyat sebaik selepas wang itu telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan di mana segala tanggungan berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya diselesaikan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat pada tiap-tiap persidangannya suatu penyata yang berhubungan dengannya.
(3)
Perenggan 12(2)(a) dan (b) tersebut (yang memperuntukkan pengecualian daripada cukai dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan sesuatu perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan sesuatu peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank itu, dan bagi sesuatu bon, surat janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu.
Pengesahan perjanjian jaminan