/akn/my/act/act/1972/66

AKTA JAMINAN PINJAMAN 1972

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1972
Sections
4
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

AKTA JAMINAN PINJAMAN 1972 is Malaysia Act, cited as Act 66 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan supaya peruntukan tertentu dalam Akta Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 1968 terpakai bagi sesuatu jaminan oleh Persekutuan terhadap pinjaman yang diberikan oleh Bank Pembangunan Asia kepada Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad dan bagi perkara yang bersangkutan dengannya. [1 Mac 1972] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas

Seksyen 2

Peruntukan Akta 410 yang terpakai bagi pinjaman

Open as pageSuggest a correction

(a)

seksyen 7 (yang memberi kuasa kepada Kerajaan untuk memberikan jaminan dan aku janji berkenaan dengan wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank Pembangunan Asia); dan

Suggest a correction

(b)

setakat yang berhubungan dengan jaminan dan aku janji oleh Kerajaan, seksyen 11 dan 12 (yang mengandungi peruntukan tambahan bagi pelaksanaan, antara lain, mana-mana jaminan atau aku janji tersebut) kecuali bahawa perkataan "1950" dalam subseksyen 12(5) hendaklah digantikan dengan perkataan "1960", hendaklah terpakai berhubung dengan sesuatu peminjaman daripada Bank itu oleh syarikat yang bernama Syarikat Permodalan Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad seolah-olah syarikat itu ialah suatu pihak berkuasa berkanun dalam erti Akta itu, dan peminjaman itu adalah dibuat di bawah subseksyen 5(1) Akta itu.

Suggest a correction

(2)

Jika apa-apa wang dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan berkenaan dengan apa-apa tanggungan yang dilakukan oleh Kerajaan menurut subseksyen (1), maka Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, bermula dari persidangan Dewan Rakyat sebaik selepas wang itu telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan di mana segala tanggungan berkenaan dengannya dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya diselesaikan dengan muktamad oleh syarikat itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat pada tiap-tiap persidangannya suatu penyata yang berhubungan dengannya.

Suggest a correction

(3)

Perenggan 12(2)(a) dan (b) tersebut (yang memperuntukkan pengecualian daripada cukai dan kawalan pertukaran) hendaklah juga terpakai berhubung dengan sesuatu perjanjian yang dibuat, sama ada sebelum atau selepas Akta ini diluluskan, dengan Bank itu oleh syarikat itu, dengan kelulusan Kerajaan, berkenaan dengan sesuatu peminjaman oleh syarikat itu daripada Bank itu, dan bagi sesuatu bon, surat janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan oleh syarikat itu menurut mana-mana perjanjian itu, sebagaimana ia terpakai bagi perjanjian dan surat cara yang disebut dalamnya itu.

Pengesahan perjanjian jaminan

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Perjanjian jaminan yang dahulu daripada ini yang dibuat antara Kerajaan atas nama Persekutuan dengan Bank itu dengan ini diratifikasi dan disahkan dalam segala perkara dan hendaklah berkuat kuasa bagi segala maksud seolah-olah Akta ini telah berkuat kuasa pada tarikh itu dan perjanjian itu telah dibuat dan disempurnakan dengan sepatutnya pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh atau di bawah Akta ini.

Seksyen 4

Peluasan bagi syarikat lain

Open as pageSuggest a correction

Jika suatu ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat bahawa seksyen 2 Akta ini hendaklah terpakai bagi sesuatu syarikat, sebagaimana peruntukan itu terpakai bagi Syarikat Permodalan

Kemajuan Perusahaan Malaysia Berhad, maka Menteri boleh, melalui Perintah yang disiarkan dalam Warta, mengisytiharkan bahawa peruntukan tersebut dalam Akta itu hendaklah terpakai bagi syarikat itu.

Akta 66

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

- TIADA-SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

- TIADA-

---

Common questions

What is LOAN GUARANTEE ACT 1972?
AKTA JAMINAN PINJAMAN 1972 is Malaysia Act, cited as Act 66 1972, currently marked in force and first recorded in 1972.
Is LOAN GUARANTEE ACT 1972 still in force?
Yes — LOAN GUARANTEE ACT 1972 is currently in force.
When did LOAN GUARANTEE ACT 1972 take effect?
LOAN GUARANTEE ACT 1972 was first recorded in 1972.
How many sections does LOAN GUARANTEE ACT 1972 have?
LOAN GUARANTEE ACT 1972 contains 4 sections.
Where can I read the official version of LOAN GUARANTEE ACT 1972?
The official text of LOAN GUARANTEE ACT 1972 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA JAMINAN PINJAMAN 1972 (No. 66) | mylaw.my