Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Kuasa meminjam daripada Bank Pembangunan Asia
(2)
Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) bagi keperluan Kerajaan hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan, walau apa pun seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], hendaklah digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud jumlah wang tersebut telah dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian yang dibuat dengan Bank mengenai jumlah wang yang dipinjam itu:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian daripada jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud tersebut di atas,
Bahagian tersebut bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri dan Bank.
(3)
Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Bank mengenai jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 7
(4)
Dengan seberapa segera yang boleh selepas penyempurnaan tersebut suatu naskhah bagi apa-apa perjanjian yang telah dibuat dengan Bank mengenai apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibentangkan oleh Menteri dalam Dewan Rakyat.
(5)
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang ada pada Kerajaan.
Kuasa mengeluarkan surat cara termasuk bon