/akn/my/act/act/1968/410
*AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ASIA) 1968
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
- Type
- Act
- Status
- In force
- Enacted
- 1968
- Sections
- 12
- Languages
- MS · EN
Quick answer
About this act
*AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ASIA) 1968 is Malaysia Act, cited as Act 410 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
Opening note
Preamble
- Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan untuk Malaysia atau pihak berkuasa berkanun tertentu mendapatkan pinjaman daripada Bank Pembangunan Asia dan untuk perkara yang berkaitan dengannya. [16 September 1968] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“Bank” ertinya Bank Pembangunan Asia;
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 410
“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;
“Pihak berkuasa berkanun” ertinya suatu pihak berkuasa tempatan dan mana-mana pertubuhan yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan menjalankan kuasa yang terletak pada pertubuhan tersebut di sisi undang-undang bagi maksud awam.
Seksyen 3
Kuasa meminjam daripada Bank Pembangunan Asia
(2)
Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh Kerajaan di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) bagi keperluan Kerajaan hendaklah dibayar kepada Kumpulan Wang Pembangunan dan, walau apa pun seksyen 3 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
[Akta 406], hendaklah digunakan dan adalah dengan ini diperuntukkan bagi maksud jumlah wang tersebut telah dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian yang dibuat dengan Bank mengenai jumlah wang yang dipinjam itu:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian daripada jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud tersebut di atas,
Bahagian tersebut bolehlah digunakan bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri dan Bank.
(3)
Apa-apa perjanjian antara Kerajaan dengan Bank mengenai jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibuat atas nama Kerajaan Malaysia dan boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 7
(4)
Dengan seberapa segera yang boleh selepas penyempurnaan tersebut suatu naskhah bagi apa-apa perjanjian yang telah dibuat dengan Bank mengenai apa-apa jumlah wang yang dipinjam di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1) hendaklah dibentangkan oleh Menteri dalam Dewan Rakyat.
(5)
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa lain untuk meminjam wang yang ada pada Kerajaan.
Kuasa mengeluarkan surat cara termasuk bon
Seksyen 4
(2)
Mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain tersebut boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh mana-mana orang lain yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.
Peminjaman oleh pihak berkuasa berkanun daripada Bank
Seksyen 5
(2)
Kuasa untuk meminjam yang diberi oleh seksyen ini kepada pihak berkuasa berkanun adalah tambahan kepada kuasa untuk meminjam yang diberi kepada pihak berkuasa berkanun itu oleh mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
(3)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, pihak berkuasa berkanun boleh menggadaikan atau menggadai janji semua atau mana-mana bahagian harta (yang alih atau tak alih), usaha atau hasilnya sebagai cagaran bagi apa-apa jumlah wang yang terhutang kepada bank berkenaan dengan jumlah wang yang dipinjam olehnya di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen (1).
(4)
Walau apa pun yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, sesuatu pihak berkuasa berkanun boleh mengeluarkan apa-apa bon, surat janji hutang dan surat cara lain mengikut apa-apa peruntukan dan syarat yang perlu bagi maksud melaksanakan mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan
Bank mengenai apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen (1).
Penggunaan wang pinjaman oleh pihak berkuasa berkanun
Seksyen 6
Apa-apa jumlah wang yang dipinjam oleh pihak berkuasa berkanun di bawah kuasa yang diberi oleh subseksyen 5(1)
hendaklah digunakan oleh pihak berkuasa itu bagi maksud jumlah wang itu dipinjam sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana perjanjian yang dibuat dengan Bank mengenai jumlah wang yang dipinjam itu:
Dengan syarat bahawa jika apa-apa bahagian daripada jumlah wang itu tidak dapat digunakan bagi maksud tersebut di atas, bahagian itu bolehlah digunakan oleh pihak berkuasa berkanun itu bagi apa-apa maksud lain yang diluluskan oleh Menteri dan Bank.
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 9
Seksyen 7
Kuasa menjamin pinjaman Bank kepada pihak berkuasa berkanun
(a)
menjamin penyempurnaan oleh sesuatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan
Bank mengenai apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, surat janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan
(b)
mengaku janji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui di antara Kerajaan dengan Bank berkenaan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, surat janji hutang atau surat cara itu.
(2)
Tiap-tiap jaminan atau aku janji yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah diberi dengan bertulis atas nama Kerajaan Malaysia dan jaminan atau aku janji itu dan apa-apa catatan di dalam mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain mengenai apa-apa jaminan yang diberi di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh seseorang atau beberapa orang yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.
(3)
Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu jaminan atau aku janji diberi di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu kenyataan mengenai jaminan atau aku janji itu.
Sekatan ke atas kuasa pihak berkuasa berkanun meminjam selagi jaminan masih belum selesai
Seksyen 8
Selagi Kerajaan masih bertanggungan di bawah apa-apa jaminan atau aku janji lain yang diberi bagi menjalankan kuasa yang diberi
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 410
oleh subseksyen 7(1) mengenai apa-apa peminjaman pihak berkuasa berkanun, pihak berkuasa berkanun itu tidak boleh menjalankan apa-apa kuasa lain untuk meminjam yang ada padanya, melainkan dengan persetujuan Menteri.
Seksyen 9
Kuasa yang boleh dijalankan oleh Kerajaan sekiranya pihak berkuasa berkanun mungkir
(a)
bahawa sesuatu pihak berkuasa berkanun berkemungkinan mungkir atau tidak berupaya menyempurnakan mana-mana obligasinya di bawah mana-mana perjanjian yang dibuat olehnya dengan Bank atau di bawah mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan
(b)
bahawa Kerajaan adalah atau akan bertanggungan di bawah mana-mana jaminan atau aku janji lain yang diberi bagi menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 7(1)
mengenai obligasi tersebut,
Yang di-Pertuan Agong boleh dengan perintah memberikan apa-apa arahan atau membenarkan seseorang lain memberikan apa-apa arahan kepada pihak berkuasa berkanun sebagaimana yang difikirkan perlu atau dikehendaki olehnya atau oleh orang lain itu dari semasa ke semasa bagi memastikan supaya perkiraan yang memuaskan dibuat oleh pihak berkuasa berkanun bagi membolehkan ia menyempurnakan obligasinya dengan sepatutnya di bawah perjanjian, bon, surat janji hutang atau surat cara tersebut atau di bawah Akta ini.
(2)
Pihak berkuasa berkanun hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan yang terkandung dalam undang-undang bertulis yang
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 11
telah menubuhkannya, mematuhi apa-apa arahan yang diberi oleh atau di bawah mana-mana perintah tersebut.
(3)
Tiada apa-apa pun dalam seksyen ini boleh menyentuh atau mengurangkan apa-apa kuasa lain yang diberi oleh undang-undang kepada Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Menteri atau pegawai awam berkenaan dengan pihak berkuasa berkanun itu.
Pihak berkuasa berkanun hendaklah membayar balik kepada
Kerajaan jumlah wang yang dibayar menurut jaminan
Seksyen 10
(2)
Jika apa-apa jumlah wang dibayar demikian itu daripada
Kumpulan Wang Disatukan, Menteri hendaklah dengan seberapa segera yang boleh selepas akhir tahun kewangan yang bermula dengan tahun kewangan apabila jumlah wang tersebut telah dibayar dan berakhir dengan tahun kewangan apabila segala tanggungan berkenaan dengan jumlah wang itu dan apa-apa bunga yang kena dibayar atasnya telah diselesaikan pada akhirnya oleh pihak berkuasa berkanun yang berkenaan itu, membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu kenyataan berkenaan dengannya.
Timbang tara
Seksyen 11
Jika apa-apa pertikaian antara Bank sebagai satu pihak dengan
Kerajaan atau dengan pihak berkuasa berkanun atau dengan kedua-duanya sebagai satu pihak yang satu lagi timbul di bawah
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 410
mana-mana perjanjian yang dibuat atau di bawah mana-mana jaminan atau aku janji yang diberi pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Akta ini atau di bawah mana-mana bon, surat janji hutang atau apa-apa surat cara yang dikeluarkan menurut perjanjian itu maka pertikaian itu hendaklah diputuskan dengan jalan timbang tara mengikut cara yang dipersetujui di antara kedua-dua pihak dan apa-apa keputusan yang dibuat dalam timbang tara itu boleh dikuatkuasakan di Malaysia dalam segala perkara seolah-olah keputusan itu telah dibuat dengan sahnya dalam sesuatu timbang tara di bawah *Akta Timbang Tara 1952 [Akta 93], atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan timbang tara yang sedang berkuat kuasa di Malaysia dan bagi maksud seksyen ini Akta atau undang-undang tersebut hendaklah mengikat
Kerajaan.
Seksyen 12
Pelaksanaan obligasi di bawah perjanjian
(2)
Dengan tidak menyentuh keluasan subseksyen (1)—
(a)
Menteri boleh membuat peruntukan dengan perintah yang disiarkan dalam Warta supaya apa-apa cukai atau duti
*CATATAN−Akta Timbang Tara [Akta 93] telah dipinda oleh Akta Timbang Tara 2005 [Akta 646].
Pinjaman (Bank Pembangunan Asia) 13
yang kena dibayar di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
[Akta 53], atau di bawah Akta Setem 1949 [Akta 378], dihapuskan sekiranya penghapusan itu perlu untuk melaksanakan dengan sepenuhnya dan secukupnya mana-mana perjanjian, bon, surat janji hutang, surat cara atau jaminan itu;
(b)
tiada apa-apa pun dalam Akta Kawalan Pertukaran 1953
[Akta 17], boleh terpakai bagi apa-apa urusan yang dikehendaki bagi melaksanakan pembayaran dengan apa-apa mata wang apa-apa jumlah wang mengikut peruntukan perjanjian, surat cara, bon atau jaminan itu dengan apa-apa mata wang.
(3)
Kerajaan atau mana-mana agensinya atau mana-mana pihak berkuasa berkanun atau Bank Negara Malaysia tidak boleh, kecuali jika sebaliknya dipersetujui di antara Menteri dengan Bank, mewujudkan apa-apa lien ke atas mana-mana asetnya sebagai cagaran bagi apa-apa hutang luar negeri melainkan jika ada diperuntukkan dengan nyatanya bahawa lien itu pada hakikatnya akan secara yang sama dan dengan mengikut peringkatnya menjamin pembayaran wang pokok mana-mana pinjaman dan bunga dan bayaran lain atas mana-mana pinjaman itu yang diberi oleh Bank kepada Kerajaan atau kepada sesuatu pihak berkuasa berkanun atau menjamin pembayaran apa-apa bon, surat janji hutang atau surat cara yang dikeluarkan menurut mana-mana pinjaman itu.
(4)
Dalam subseksyen (3)—
“hutang luar negeri” ertinya apa-apa hutang yang kena dibayar dengan apa-apa cara kecuali dengan mata wang yang pada masa yang berkenaan itu adalah sah diperlakukan di sisi undang-undang bagi pembayaran hutang persendirian dan hutang awam di Malaysia sama ada hutang itu kena dibayar dengan mutlaknya ataupun mengikut pilihan pemiutang dengan cara yang lain itu;
“lien” termasuklah gadai janji, cagaran, gadaian, keistimewaan dan keutamaan apa-apa jua pun.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 410
(5)
Bagi maksud subseksyen (3) aset Kerajaan termasuklah apa-apa hak, kepentingan atau syer yang dimiliki atau mungkin dimiliki oleh kerajaan dalam Kumpulan Wang Mata Wang atau mana-mana bahagian Kumpulan Wang Mata Wang itu, yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Mata Wang Tanah Melayu British Borneo 1950.
15
Akta 410
AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ASIA) 1969
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
16
Akta 410
AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ASIA) 1969
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
─ TIADA ─
Common questions
- What is LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968?
- *AKTA PINJAMAN (BANK PEMBANGUNAN ASIA) 1968 is Malaysia Act, cited as Act 410 1968, currently marked in force and first recorded in 1968.
- Is LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 still in force?
- Yes — LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 is currently in force.
- When did LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 take effect?
- LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 was first recorded in 1968.
- How many sections does LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 have?
- LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 contains 12 sections.
- Where can I read the official version of LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968?
- The official text of LOANS (ASIAN DEVELOPMENT BANK) ACT 1968 is published at lom.agc.gov.my.