Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Kuasa menjamin pinjaman Bank kepada pihak berkuasa berkanun
(a)
menjamin penyempurnaan oleh sesuatu pihak berkuasa berkanun akan obligasinya di bawah apa-apa perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa berkanun itu dengan
Bank mengenai apa-apa peminjaman yang dibenarkan oleh subseksyen 5(1) atau di bawah apa-apa bon, surat janji hutang atau surat cara lain yang dikeluarkan menurut mana-mana perjanjian itu; dan
(b)
mengaku janji apa-apa obligasi lain sebagaimana yang dipersetujui di antara Kerajaan dengan Bank berkenaan dengan atau menurut mana-mana perjanjian, bon, surat janji hutang atau surat cara itu.
(2)
Tiap-tiap jaminan atau aku janji yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah diberi dengan bertulis atas nama Kerajaan Malaysia dan jaminan atau aku janji itu dan apa-apa catatan di dalam mana-mana bon, surat janji hutang atau surat cara lain mengenai apa-apa jaminan yang diberi di bawah seksyen ini boleh ditandatangani bagi pihak Kerajaan oleh Menteri atau oleh seseorang atau beberapa orang yang dibenarkan bagi maksud itu dengan bertulis oleh Menteri.
(3)
Dengan seberapa segera yang boleh selepas sesuatu jaminan atau aku janji diberi di bawah seksyen ini, Menteri hendaklah membentangkan dalam Dewan Rakyat suatu kenyataan mengenai jaminan atau aku janji itu.
Sekatan ke atas kuasa pihak berkuasa berkanun meminjam selagi jaminan masih belum selesai