Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
Kuasa mengeluarkan waran geledah
Seseorang Majistret, jika berpuas hati dengan maklumat atas sumpah bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa sesuatu premis sedang digunakan bagi maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berkaitan dengan suatu loteri atau loteri yang dicadangkan, boleh memberi waran yang ditandatanganinya membenarkan mana-mana pegawai polis pada bila-bila masa atau masa-masa dalam tempoh satu bulan dari tarikh itu untuk memasuki, jika perlu dengan paksa, premis tersebut dan setiap bahagiannya, dan mencari dan menyita dan mengambil apa-apa dokumen, wang atau barang bernilai atau apa-apa mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau dengan tangan atau alat lain yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk menyangka berada di premis itu bagi sesuatu maksud yang adalah suatu pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini berhubungan dengan loteri.