/akn/my/act/act/1952/288

*AKTA LOTERI 1952

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1952
Sections
19
Languages
EN · MS

Quick answer

About this act

*AKTA LOTERI 1952 is Malaysia Act, cited as Act 288 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta bagi membuat peruntukan mengenai pemberian permit untuk menaja loteri awam dan persendirian bagi maksud kedermawan, agama, pelajaran, kebajikan dan khairat lain, bagi membuat peruntukan untuk melevi cukai ke atas loteri dan perkara lain yang berkaitan dengannya. [30 Disember 1952] Tajuk ringkas

Seksyen 2

Open as pageSuggest a correction
(1)

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–

“loteri” ertinya sesuatu permainan, cara, skim, atau alat di mana wang atau nilai wang dibahagi-bahagikan atau diuntukkan mengikut sesuatu cara yang bergantung kepada atau ditentukan oleh nasib atau cabutan undi;

“loteri awam” ertinya sesuatu loteri yang mana orang ramai atau sesuatu bahagian daripadanya ada atau boleh ada akses;

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak—lihat

Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti

Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator)) (Peluasan ke Wilayah Persekutuan

Labuan) 1991 [P.U. (A) 376/1991] dan Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian

Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator))

(Peluasan ke Sabah dan Sarawak) 1991 [P.U. (A) 377/1991].

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

“loteri persendirian” ertinya sesuatu loteri yang ditaja untuk, dan dalam mana penjualan dan atau pembahagian tiket atau nasib dihadkan kepada anggota sesuatu pertubuhan yang ditubuhkan dan dijalankan bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri;

“penaja” dalam hal loteri yang ditaja oleh suatu pertubuhan, ertinya setiausaha atau pegawai yang seumpama bagi pertubuhan tersebut dan dalam hal loteri yang ditaja, diadakan, dicabut atau diuruskan di luar Persekutuan, pegawai utama dari cawangan tempatan atau cawangan yang bergabung dengan pertubuhan itu;

“pertubuhan” meliputi suatu kelab, institusi, organisasi atau persatuan lain atau sekumpulan orang dengan apa jua nama dipanggil dan meliputi sesuatu cawangan tempatan atau yang bergabung dengan atau bahagian suatu pertubuhan;

*“Semenanjung Malaysia” mempunyai makna yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan;

“tiket” berhubungan dengan sesuatu loteri atau loteri yang dicadangkan, meliputi sesuatu dokumen yang menjadi keterangan bagi tuntutan seseorang untuk menyertai dalam percubaan nasib dalam suatu loteri.

Seksyen 3

Loteri adalah menyalahi undang-undang melainkan dengan permit Menteri Kewangan

Open as pageSuggest a correction

Tertakluk kepada seksyen 16, sesuatu loteri yang ditaja atau dijalankan tanpa permit yang diberi oleh Menteri Kewangan di bawah Akta ini atau selain yang menurut Akta ini adalah menyalahi undang-undang.

*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak, tafsiran ini telah dipotong.

Loteri 7

Seksyen 4

Kuasa Menteri Kewangan memberi permit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Permit tersebut boleh diberi sama ada berkenaan dengan suatu loteri tertentu atau berkenaan dengan suatu siri atau bilangan loteri yang akan ditaja alam sesuatu tempoh masa sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kewangan dalam permit itu.

Suggest a correction

(3)

Permohonan bagi mendapatkan permit di bawah Akta ini hendaklah dibuat dengan apa-apa cara dan bentuk yang ditetapkan.

Suggest a correction

(4)

Menteri Kewangan, pada bila-bila masa, boleh menarik balik permit yang telah diberi di bawah seksyen ini, atau menambah kepada, mengubah atau memotong sesuatu syarat yang dikenakan dalam permit tersebut.

Suggest a correction

(5)

Seseorang yang terkilan dengan apa-apa keputusan Menteri

Kewangan yang menolak atau menarik balik mana-mana permit atau mengenakan sesuatu syarat dalam memberi suatu permit boleh

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

merayu kepada Yang di-Pertuan Agong yang mana keputusannya adalah muktamad.

Syarat dalam permit

Suggest a correction

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(a)

tiada apa-apa keuntungan boleh terakru kepada seseorang individu dari penajaan loteri itu; dan

Suggest a correction

(b)

kesemua hasil loteri itu, selepas ditolak apa-apa kos, caj, perbelanjaan dan ganti bayaran lain yang boleh dibenarkan dalam permit itu, hendaklah digunakan bagi maksud loteri itu ditaja.

Suggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1) Menteri Kewangan, dalam memberi sesuatu permit di bawah Akta ini, boleh mengenakan syarat menetapkan—

(a)

peratus hasil kasar yang dikumpulkan oleh loteri tersebut yang akan dibahagi-bahagikan sebagai hadiah, dan kadar dalam mana sesuatu jumlah wang akan diuntukkan di antara hadiah individu;

Suggest a correction

(b)

bilangan tiket atau nasib yang ditawarkan untuk jualan dalam loteri tersebut dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut;

Suggest a correction

(c)

amaun komisen yang dikenakan ke atas penjualan tiket atau nasib tersebut;

Suggest a correction

(d)

orang yang olehnya, cara dalam mana dan tempat di mana tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan, dan

Loteri 9

orang atau kelas orang yang kepadanya tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan;

Suggest a correction

(e)

masa, tempat dan cara bagaimana pemegang hadiahnya akan ditentukan;

Suggest a correction

(f)

tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib dalam loteri tersebut;

Suggest a correction

(g)

syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib boleh ditawarkan untuk jualan;

Suggest a correction

(h)

cara bagaimana loteri tersebut boleh diiklankan;

Suggest a correction

(i)

kos, caj dan perbelanjaan yang boleh ditolak oleh penaja loteri tersebut daripada wang yang dikumpulkan oleh loteri tersebut.

Penyiaran prospektus loteri awam

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

Penaja suatu loteri awam, atas penajaan loteri tersebut, hendaklah menyebabkan disiarkan dalam Warta atau dengan sesuatu cara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri Kewangan, suatu prospektus loteri tersebut yang menyatakan-

(a)

maksud am atau khas yang baginya wang yang dikumpulkan akan digunakan;

Suggest a correction

(b)

amaun dan bilangan hadiah yang ditawarkan di dalamnya;

Suggest a correction

(c)

bilangan tiket atau nasib di dalamnya yang ditawarkan untuk jualan dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut;

Suggest a correction

(d)

tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib di dalamnya;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

Suggest a correction

(e)

masa, tempat dan cara bagaimana pemenang hadiah di dalamnya akan ditentukan;

Suggest a correction

(f)

syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib di dalamnya akan ditawarkan untuk jualan dan menurut mana loteri tersebut akan dijalankan;

Suggest a correction

(g)

apa-apa perkara lain sebagaimana diarahkan oleh Menteri

Kewangan.

Akaun bagi sesuatu loteri yang dibenarkan hendaklah disimpan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penaja sesuatu loteri, jika dikehendaki berbuat demikian oleh

Menteri Kewangan melalui notis bertulis, hendaklah mengemukakan untuk diperiksa dalam sesuatu masa sebagaimana ditentukan dalam notis itu buku akaun yang tersebut dalam subseksyen (1) dan apa-apa baucar dan dokumen lain berhubungan dengan loteri dan, pada bila-bila masa yang munasabah, hendaklah memberi semua kemudahan yang perlu kepada seseorang yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan untuk memeriksa dan mengaudit buku tersebut.

Suggest a correction

(3)

Penaja sesuatu loteri, dalam masa tiga bulan dari tarikh bila pemenang hadiah dalam sesuatu loteri ditentukan atau dalam sesuatu masa yang dilanjutkan sebagaimana dibenarkan oleh Menteri

Kewangan, hendaklah menyediakan suatu akaun lengkap berkenaan dengan loteri tersebut yang menunjukkan jumlah amaun yang dikumpulkannya, amaun hadiah dan komisen yang dibayar dan semua kos, caj dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh penaja dalam menaja dan menjalankan loteri tersebut, dan cara pelupusan

Loteri 11

hasil loteri yang tinggal selepas semua ganti bayaran tersebut sebagaimana tersebut dahulu.

Suggest a correction

(4)

Setiap akaun sedemikian hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan.

Suggest a correction

(5)

Suatu salinan akaun tersebut yang telah diaudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan dengan serta-merta oleh penaja kepada

Menteri

Kewangan yang boleh meluluskan, tidak membenarkan atau mengurangkan sesuatu butiran kos, caj atau perbelanjaan yang ditunjukkan di dalamnya dan dalam hal loteri awam, penaja hendaklah menyiarkan akaun itu, sebagaimana diluluskan, dengan apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri

Kewangan.

Suggest a correction

(6)

Penaja sesuatu loteri yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini hendaklah disifatkan telah menaja atau menjalankan suatu loteri berlawanan dengan Akta ini.

Duti ke atas loteri

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Duti tersebut hendaklah dibayar oleh penaja loteri itu:

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

Dengan syarat bahawa jika suatu loteri ditaja oleh suatu pertubuhan dan penaja mungkir membayar duti atau sesuatu bahagian daripadanya pemegang jawatan pertubuhan itu dan pertubuhan itu sendiri adalah bertanggungan bersesama dan berasingan terhadap pembayaran sesuatu amaun yang kena dibayar berkenaan dengan duti itu.

Suggest a correction

(3)

Duti sedemikian hendaklah menjadi hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan Persekutuan dan boleh didapatkan kembali dengan sesuatu jalan dan cara yang sedang berkuat kuasa bagi mendapatkan kembali hutang yang kena dibayar kepada Kerajaan.

Penalti kerana akaun palsu

Suggest a correction

Seksyen 9

Open as pageSuggest a correction

Jika penaja sesuatu loteri, dengan niat untuk melarikan duti yang dikenakan di bawah Akta ini, menyediakan suatu akaun menurut subseksyen 7(1) yang mana adalah palsu dalam mana-mana butir yang material, dia melakukan satu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau empat kali amaun duti yang kena dibayar, yang mana lebih tinggi.

Seksyen 10

Penalti kerana menaja loteri tanpa permit atau yang melanggar syarat dalam permit

Open as pageSuggest a correction

(2)

Seseorang yang bersubahat melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman yang ditetapkan dalam subseksyen (1).

Loteri 13

Penalti kerana kesalahan di bawah perenggan 14(d)

Suggest a correction

Seksyen 10A

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang tidak mematuhi mana-mana peraturan yang dibuat di bawah perenggan 14(d) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Seksyen 11

Kuasa mengeluarkan waran geledah

Open as pageSuggest a correction

Seseorang Majistret, jika berpuas hati dengan maklumat atas sumpah bahawa terdapat alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa sesuatu premis sedang digunakan bagi maksud melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya berkaitan dengan suatu loteri atau loteri yang dicadangkan, boleh memberi waran yang ditandatanganinya membenarkan mana-mana pegawai polis pada bila-bila masa atau masa-masa dalam tempoh satu bulan dari tarikh itu untuk memasuki, jika perlu dengan paksa, premis tersebut dan setiap bahagiannya, dan mencari dan menyita dan mengambil apa-apa dokumen, wang atau barang bernilai atau apa-apa mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau dengan tangan atau alat lain yang dijumpai di dalamnya yang dia mempunyai alasan yang munasabah untuk menyangka berada di premis itu bagi sesuatu maksud yang adalah suatu pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan Akta ini berhubungan dengan loteri.

Seksyen 12

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini adalah suatu pertubuhan perbadanan, setiap orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan adalah seorang pengarah atau pegawai pertubuhan perbadanan itu adalah juga disifatkan telah melakukan kesalahan itu melainkan dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 288

Seksyen 13

Pelucuthakan

Open as pageSuggest a correction

Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya,

Mahkamah hendaklah memerintahkan pelucuthakan sesuatu barang yang dibuktikan sebagai hal perkara atau telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu walaupun tiada seseorang yang disabitkan.

Seksyen 14

Kuasa Menteri Kewangan membuat peraturan-peraturan

Open as pageSuggest a correction

(a)

menetapkan sesuatu yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

memperuntukkan cara bagaimana duti yang dikenakan di bawah Akta ini kena dibayar, termasuk pembayaran dengan cara setem atas tiket dan pembayaran akan dibuat pada masa tiket itu ditandakan atau diterakan oleh pegawai yang ditentukan dalam peraturan-peraturan tersebut;

Suggest a correction

(c)

menetapkan apa-apa perkara lain yang mungkin perlu bagi maksud menjalankan maksud Akta ini;

Suggest a correction

(d)

menetapkan atau melarang pemilikan mesin yang dikendalikan dengan kuasa elektrik atau kuasa jentera atau apa-apa alat yang digunakan bagi menaja suatu loteri

Perwakilan kuasa

Suggest a correction

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

Menteri Kewangan boleh mewakilkan penggunaan semua atau mana-mana kuasa yang diberikan kepadanya oleh Akta ini kepada mana-mana orang atau seseorang sebagaimana difikirkannya patut.

Loteri 15

Seksyen 16

Pemakaian

Open as pageSuggest a correction

(a)

loteri yang ditaja oleh Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan

Kebajikan, di bawah

*Akta

Lembaga

Loteri

Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252];

Suggest a correction

(b)

ambil tagan yang terlibat dalam Akta Duti Pertaruhan dan

Ambil Tagan 1948 [Akta 201].

Kecualian

Suggest a correction

Seksyen 17

Tiada apa-apa loteri yang mana suatu lesen telah diberi di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini boleh disifatkan suatu loteri awam bagi maksud sesuatu undang-undang bertulis yang berkuat kuasa di Persekutuan atau mana-mana bahagian daripadanya berhubungan dengan rumah judi awam.

Seksyen 18

Pemakaian

Open as pageSuggest a correction

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini terpakai kepada sesuatu loteri yang sedang berjalan pada tarikh berkuat kuasanya Akta ini, dengan syarat bahawa notis mengenainya diberi kepada Menteri Kewangan dalam masa dua bulan selepas tarikh tersebut.

*CATATAN—Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan 1950-1962 [Akta 252] telah dimansuhkan oleh Akta Lembaga Loteri Perkhidmatan Sosial dan Kebajikan (Pembubaran) 1991

[Akta 470]–lihat seksyen 3 Akta 470.

16

Akta 288

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

L.N. 113/1956

P.U. 332/1958

Akta 65

Akta A133

Akta 160

Akta A354

Perintah Menteri Kewangan 1956

Perintah Perlembagaan

Persekutuan (Pengubahsuaian

Undang-Undang) (Ordinan dan

Proklamasi) 1958

Akta Cukai Perjudian 1972

Akta Loteri (Pindaan) 1972

Akta Mata Wang Malaysia

(Ringgit) 1975

Akta Perlembagaan (Pindaan) 1976

02-04-1956

13-11-1958

01-03-1972

07-07-1972

29-08-1975

27-08-1976

17

Akta 288

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

8

Kuasa meminda

Akta 65

Berkuat kuasa dari

01-03-1972

10

10A

11

13

14

Akta A133

Akta A133

Akta A133

Akta A133

Akta A133

07-07-1972

07-07-1972

07-07-1972

07-07-1972

07-07-1972

Common questions

What is LOTTERIES ACT 1952?
*AKTA LOTERI 1952 is Malaysia Act, cited as Act 288 1952, currently marked in force and first recorded in 1952.
Is LOTTERIES ACT 1952 still in force?
Yes — LOTTERIES ACT 1952 is currently in force.
When did LOTTERIES ACT 1952 take effect?
LOTTERIES ACT 1952 was first recorded in 1952.
How many sections does LOTTERIES ACT 1952 have?
LOTTERIES ACT 1952 contains 19 sections.
Where can I read the official version of LOTTERIES ACT 1952?
The official text of LOTTERIES ACT 1952 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA LOTERI 1952 (No. 288) | mylaw.my