Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain–
“loteri” ertinya sesuatu permainan, cara, skim, atau alat di mana wang atau nilai wang dibahagi-bahagikan atau diuntukkan mengikut sesuatu cara yang bergantung kepada atau ditentukan oleh nasib atau cabutan undi;
“loteri awam” ertinya sesuatu loteri yang mana orang ramai atau sesuatu bahagian daripadanya ada atau boleh ada akses;
*CATATAN—Bagi pemakaian di Wilayah Persekutuan Labuan dan Negeri di Sabah dan Sarawak—lihat
Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti
Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator)) (Peluasan ke Wilayah Persekutuan
Labuan) 1991 [P.U. (A) 376/1991] dan Perintah Pengubahsuaian Undang-Undang (Rumah Perjudian
Terbuka, Loteri, Pertaruhan, Duti Pertaruhan dan Ambil Tagan dan Perlumbaan (Lembaga Totalisator))
(Peluasan ke Sabah dan Sarawak) 1991 [P.U. (A) 377/1991].
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 288
“loteri persendirian” ertinya sesuatu loteri yang ditaja untuk, dan dalam mana penjualan dan atau pembahagian tiket atau nasib dihadkan kepada anggota sesuatu pertubuhan yang ditubuhkan dan dijalankan bagi maksud yang tidak berkaitan dengan perjudian, pertaruhan atau loteri;
“penaja” dalam hal loteri yang ditaja oleh suatu pertubuhan, ertinya setiausaha atau pegawai yang seumpama bagi pertubuhan tersebut dan dalam hal loteri yang ditaja, diadakan, dicabut atau diuruskan di luar Persekutuan, pegawai utama dari cawangan tempatan atau cawangan yang bergabung dengan pertubuhan itu;
“pertubuhan” meliputi suatu kelab, institusi, organisasi atau persatuan lain atau sekumpulan orang dengan apa jua nama dipanggil dan meliputi sesuatu cawangan tempatan atau yang bergabung dengan atau bahagian suatu pertubuhan;
*“Semenanjung Malaysia” mempunyai makna yang diberikan kepadanya oleh seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388], dan meliputi Wilayah Persekutuan;
“tiket” berhubungan dengan sesuatu loteri atau loteri yang dicadangkan, meliputi sesuatu dokumen yang menjadi keterangan bagi tuntutan seseorang untuk menyertai dalam percubaan nasib dalam suatu loteri.