Malaysia legislation

Section 5

of *AKTA LOTERI 1952

Seksyen 5

(a)

tiada apa-apa keuntungan boleh terakru kepada seseorang individu dari penajaan loteri itu; dan

(b)

kesemua hasil loteri itu, selepas ditolak apa-apa kos, caj, perbelanjaan dan ganti bayaran lain yang boleh dibenarkan dalam permit itu, hendaklah digunakan bagi maksud loteri itu ditaja.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang diberi kepadanya oleh subseksyen (1) Menteri Kewangan, dalam memberi sesuatu permit di bawah Akta ini, boleh mengenakan syarat menetapkan—

(a)

peratus hasil kasar yang dikumpulkan oleh loteri tersebut yang akan dibahagi-bahagikan sebagai hadiah, dan kadar dalam mana sesuatu jumlah wang akan diuntukkan di antara hadiah individu;

(b)

bilangan tiket atau nasib yang ditawarkan untuk jualan dalam loteri tersebut dan harga dan peringkat nilai tiket atau nasib tersebut;

(c)

amaun komisen yang dikenakan ke atas penjualan tiket atau nasib tersebut;

(d)

orang yang olehnya, cara dalam mana dan tempat di mana tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan, dan

Loteri 9

orang atau kelas orang yang kepadanya tiket atau nasib boleh dijual atau dibahagi-bahagikan;

(e)

masa, tempat dan cara bagaimana pemegang hadiahnya akan ditentukan;

(f)

tarikh pembukaan dan penutup bagi jualan atau pembahagian tiket atau nasib dalam loteri tersebut;

(g)

syarat yang tertakluk kepadanya sesuatu tiket atau nasib boleh ditawarkan untuk jualan;

(h)

cara bagaimana loteri tersebut boleh diiklankan;

(i)

kos, caj dan perbelanjaan yang boleh ditolak oleh penaja loteri tersebut daripada wang yang dikumpulkan oleh loteri tersebut.

Penyiaran prospektus loteri awam