Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA LOTERI 1952

Seksyen 7

(2)

Penaja sesuatu loteri, jika dikehendaki berbuat demikian oleh

Menteri Kewangan melalui notis bertulis, hendaklah mengemukakan untuk diperiksa dalam sesuatu masa sebagaimana ditentukan dalam notis itu buku akaun yang tersebut dalam subseksyen (1) dan apa-apa baucar dan dokumen lain berhubungan dengan loteri dan, pada bila-bila masa yang munasabah, hendaklah memberi semua kemudahan yang perlu kepada seseorang yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan untuk memeriksa dan mengaudit buku tersebut.

(3)

Penaja sesuatu loteri, dalam masa tiga bulan dari tarikh bila pemenang hadiah dalam sesuatu loteri ditentukan atau dalam sesuatu masa yang dilanjutkan sebagaimana dibenarkan oleh Menteri

Kewangan, hendaklah menyediakan suatu akaun lengkap berkenaan dengan loteri tersebut yang menunjukkan jumlah amaun yang dikumpulkannya, amaun hadiah dan komisen yang dibayar dan semua kos, caj dan perbelanjaan lain yang ditanggung oleh penaja dalam menaja dan menjalankan loteri tersebut, dan cara pelupusan

Loteri 11

hasil loteri yang tinggal selepas semua ganti bayaran tersebut sebagaimana tersebut dahulu.

(4)

Setiap akaun sedemikian hendaklah diaudit oleh seorang juruaudit yang dilantik bagi maksud itu oleh Menteri Kewangan.

(5)

Suatu salinan akaun tersebut yang telah diaudit dengan sewajarnya hendaklah dikemukakan dengan serta-merta oleh penaja kepada

Menteri

Kewangan yang boleh meluluskan, tidak membenarkan atau mengurangkan sesuatu butiran kos, caj atau perbelanjaan yang ditunjukkan di dalamnya dan dalam hal loteri awam, penaja hendaklah menyiarkan akaun itu, sebagaimana diluluskan, dengan apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri

Kewangan.

(6)

Penaja sesuatu loteri yang gagal mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini hendaklah disifatkan telah menaja atau menjalankan suatu loteri berlawanan dengan Akta ini.

Duti ke atas loteri